Wednesday, August 25, 2010

AL-KISAHNYA 'GANGGUAN' .....

Kisahnya, gangguan semasa solat tarawih. Sudah separuh bulan puasa. Masalahnya belum kelihatan terurai seratus peratus.

Yang ganggu bukan makhluk halus. Tapi 'pasukan' kanak-kanak, dalam lingkungan 10 tahun ke atas. Bila? Bila solat tarawih mula, sampai selesai sembahyang rakaat ke 8. Gangguan ada ‘rehat’ juga, iaitu bila jemaah berdoa, sebelum sembahyang seterusnya dimulakan. Gangguan, al-hairannya, boleh dikatakan ghaib sepenuhnya bila imam mulakan rakaat ke 9.

Yang mengganggu berstesyen di belakang saf terakhir, di dalam dan luar surau. Bentuk gangguannya macam-macam. Boleh berlaku sekaligus. Mereka berbual, berjenaka, berlari-lari, keluar masuk surau, menjerit-jerit, membuka-tutup pintu surau, dan juga bising di kawasan juadah dan minuman di sebelah belakang. Ada kalanya, ada juga bunyi tangisan anak kecil. Ada juga AJK Surau, Imam, dan seorang dua ahli jemaah berusaha hentikan kebisingan. Buat announcement. Beri ingatan. Bagi pesanan. Jangan ganggu orang sembahyang. Ikut sembahyang!

Intensiti gangguan - memang terasa sebab gangguannya panjang. Panjang gangguan, samalah panjangnya masa sembahyang. Memang panjang tempoh sembahyang sebab surau telah merancang habiskan satu Quran pada tarawih hari ke -26 puasa (insya Allah). Takjub sungguh, para pembising nampaknya langsung tak endahkan teguran. Ini bukan kes ‘masuk telinga kanan keluar telinga kiri’. Ini kes tak masuk telinga pun! Barangkali, 'itulah budak-budak'!  Geramlah juga. Kesihan kepada jemaah yang tentunya mahu bertarawih dengan khusuk. Maklumlah itu sembahyang istimewa, setahun sekali.

Jika AJK Surau, Imam dan seorang dua ahli jemaah yang prihatin tak diendahkan, mungkin kena ibu bapalah beri nasihat. Mereka boleh pesan pada anak-anak. Ke surau jangan bising. Ke surau ikut sembahyang. Atau paling kurang, tengok orang sembahyang. Diam-diam. Jangan bermain-main dengan kawan-kawan. Jangan buat hingar bingar. Jangan ganggu tumpuan orang sembahyang.

Mungkin masa anak-anak buat hal, bapa (juga emak) memang ada dalam surau. Tapi tengah sembahyang mana nak boleh menegur. Tegur anak sendiri boleh jadi juga kecilkan hati bapa-bapa lain. Macam pukul anak sindiri menantu pula. Mungkin ada anak- anak ke surau dengan kawan-kawan, bapa dengan emak pun tak tahu. Atau bapa dengan emak sebenarnya tak ada di surau di mana anak mereka masuk pasukan buat bising. Bapa dengan emak mungkin pergi ke surau lain, atau ke mesjid besar.

Sekadar terkenang dan mengeluh. Nak buat macam mana? Takkan nak suruh budak-budak tu balik! Kenalah jadi jemaah yang tahan, tahan, tahan. Sabar, sabar, sabar! Tak boleh main tegur atau sindir. Bertarawih pun perlu self-control. Sebab kita letih. Orang lain pun letih. Kena kawal. Bimbang jadi kecoh-kecoh pula. Takkan kita mahukan tarawih menghasilkan satu tawarikh yang tak menyeronokkan. Memang tak sepatutnya!

19 comments:

al-lavendari said...

masalah gangguan ini sebenarnya masalah universal. kalau tegur anak orang nanti, bapak dia pula merajuk langsung tak nak datang lagi ke surau atau masjid.

ish. susah juga nak jaga hati semua orang ni.

sabar jer lah bang !

AUR said...

Benda yg tak best::

Memang menggangu sgt2 la...dgn pekik lolong diorang. Nak tegur sembarang kang ada yg kene naik court!!!hehehe...

Benda yg best::

Sekurang2nya budak2 tu kenal la jugak surau tu cemane rupenye, apa org buat dalam surau...Kalau sampai surau oun tak kenal langsung lagi haru..

* Teringat masa budak2 dulu, tukang masak 'moreh' nak diamkan kami...dia bagi la makanan dgn harapan kami diam la bila makan...makanan dalam polyestrin siap ada getah gelang...diam le sekejap..lepas tu..bila dah abis makan, main tarik dan lepas getah tu kat polyestrin..bila dah ramai2...bunyi mcm hujan turun...sebab surau atap zink...hehehe...sekarang da insaf...mudah2an anak xturun perangai bapaknya..

Aida Ali said...

Kat sekolah, guru-guru selalu gak ingatkan budak-budak ni supaya jangan buat bising masa orang bertarawih. Tapi... semacam je

sahromnasrudin said...

salam..yg paling saya kesian suara imam membaca al fatihah dan surah tenggelam dek kerana kebisingan mrk..dan yang pasti, jika ditegur, si bapak budak akan tarik muka 360 darjah dan mungkin mlm esok ke surau sebelah plak huhuhuhu....

ahmad humairi said...

salam,

'kusyukkan' diri ketika sembahyang, itu yang gagal kita lakukan.

Temuk said...

Salam al-lavendari
Betullah tu. Kot nak tegur pun biar JK Surau buat. Individu, kenalah sabar + doa supaya dapat sembahyang dlm tenteram.

Temuk said...

Salam AUR
Insya Allah budak-budak tu jadi lebih kenal surau dan mudah-mudahan lebih tahu pula apa yg patut mereka lakukan & tidak lakukan di surau. Nakal juga masa kecil dulu, ye? Insya Allah tak turun ke anak-anak, sebab abah pasti dah 'cerita sambil pesan'.

Temuk said...

Salam Cikgu Aida
Baguslah sekolah tak berhenti-henti turut main peranan. Masalah bising di kalangan pelajar sekolah pula biasa kita dengar berlaku di banyak mesjid/surau pada hari Jumaat. Masanya, ketika khutbah disampaikan, sebelum khutbah, dan ketika sembahyang baru nak dimulakan. Insya Allah yg bising akan tak bising bila dah bertambah dewasa, termasuklah pelajar-pelajar sekolah.

Temuk said...

Salam sahromnasrudin
Mujur surau-surau sekarang ni ada pembesar suara. Suara imam tetap lantang. Tapi bila ada 'second sound track' bingunglah sikit yg mendengarnya. Nampaknya, cara kita selesaikan kebingungan sendiri, kita katalah dalam hati, 'Biasalah macam ni ....'

Betul, jgn berani tegur tak menentu. Silap-silap, esoknya, dia dgn kita sendiri pun pindah surau pula!

Temuk said...

Salam Cikgu Humairi
Benarlah tu. Kalau kita boleh khusuk, apa benda pun tak akan dapat ganggu kita masa sembahyang. Geli hati teringat ada ustaz kata, masa sembahyang, kita ni kadangkala sempat 'siapkan sebuah rumah'-- sempat selesai fikirkan macam-macamnya & banyaknya kerja yg terlibat dalam membuat rumah, hingga rumah tersergam! Sedar-sedar dah nak beri salam kanan kiri.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ada kan kawasan has untuk mereka bermain ... saya membawa anak saudara ke masjid saya akan besama mereka satu saf ..mereka tidak bising kerana tidak di tinggalkan

Temuk said...

Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
Satu cadangan yg boleh & mungkin sempat dilaksanakan. Memang patut dipuji anak sdra tu. Juga rakan-rakan dia. Ada berlaku keadaan di mana, bila sembahyang bermula, kanak-kanak pun tinggalkan penjaga/saf mereka. Tak mengapalah, agaknya. Insya Allah, semakin mendewasa, mereka akan lebih memahami. Selamat meneruskan ibadah Ramadan.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) said...

Assalamualaikum Cikgu,

Memang benar apa yang dikatakan. Di tempat saya sama saja. Tahun lepas ada seorang paling veteran dan beliau menghalau kanak-kanak yang buat bising. Bising satu hal, main merecun dalam kawasan surau lagi haru. Siapa yang bersalah...ibubapa atau anak-anak? Wallahualam.

Adry@Daun said...

Salam cikgu,
Masalah gangguan ni ada di mana2 saja.Sama spt tmpt sy tinggal skrg ni,waktu solat tarawikh mesti ada bdk2 yg buat aktivti masing2. Masa tu la mereka nk bsembang, main kejar2 dan lain2 kat bhgn belakang. Ia mengganggu jemaah utk solat dgn khusyuk.Jika ditegur, mereka diam seketika,lps tu bising smla sehinggalah senyap pada pmulaan rakaat ke-9.Waktu ni, mereka dh balik samada bsama kwn2 atau bapa yg hnya 'mampu' solat 8 rakaat shj. Niat ibu atau bapa yg ingin mdekatkan anak2 dgn msjid/surau mmg baik tetapi perlu juga didik anak tentang adab dlm rumah ibadat(masjid, surau atau musalla).

Adry@Daun said...

Salam,
Saya ada bc mngenai isu ini iaitu membuat bising dalam masjid tmasuk dlm 15 perkara yg mendatangkan bala.

15 PERKARA YANG MENDATANGKAN BALA

1. Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.
2. Amanat dianggap ghamimah.
3. Membayar zakat dianggap sesuatu yang merugikan.
4. Suami tunduk pada isteri.
5. Derhaka terhadap ibu.
6. Mentaati kawan yang terpesong dari kebenaran.
7. Membenci ayah.
8. Pemimpin diangkat dari golongan rendah akhlaknya.
9. Membuat bising di dalam masjid.
10. Orang disanjung kerana kejahatannya.
11. Minum arak berleluasa.
12. Semakin ramai lelaki memakai sutera.
13. Wanita menari dikhalayak ramai dianggap sebagai perkara biasa.
14. Permainan muzik merata-rata.
15. Umat akhir zaman sewenangnya mengutuk umat terdahulu.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam Mej. Nor Ibrahim
Terima kasih berkongsi pengalaman di tempat Mej. Barangkali sebab ini masalah 'setahun sekali', kita jadi macam tak berapa kisah mengenainya. Tapi, sembahyang Jumaat mingguan pun punyai masalah kebisingan juga, oleh pelajar sekolah, walaupun lazimnya hanya masa sebelum atau semasa khutbah.
Selagi perkara begini tidak dianggap masalah & tidak ada autoriti yg menganggapnya begitu (walaupun memang menyalahi peraturan agama), masing-masing masjid/surau kena pandai sendirilah utk menanganinya, jika mahu.

Temuk said...

Salam Adry@Daun
Terima kasih berkongsi pengalaman dan di atas pemerhatian mengenai masalah yang kita perkatakan. Saya setuju dgn pandangan tentang keperluan dipastikan anak-anak mengetahui & akur kpd adab dan sopan berada di masjid/surau. Niat ke rumah Allah (atau membawa anak ke situ) memang baik. Tetapi apa yg orang lakukan di situ tentulah satu perkara lain. Sekalikpun kita menjangka dan berharap, yang dilakukan itu adalah sesuatu yg dititah perintahkan Allah. Terima kasih, sekali lagi.

aidah said...

Salam En Temuk,
memang mengganggu betul2 . kat tempat sy gi terawih ni diganggunya ngan dentuman bunyi mercun, sampai terkejut2 dibuatnya. kalau setakat mulut yg berbunyi boleh maaf lagi. entahlah budak2 zaman sekarang tak reti langsung nk menghormati orang, padahal tiap2 hari sebelum nak mula sembahyang imam dok peringat kanak2 jgn buat bising. sekejap je they all senyap , lepas tu mula balik.niat ibu bapa tu baik, tapi entahlah...........

Temuk said...

Salam Pn Aidah
Betullah tu, entahlah. Bila kita dah serba salah, apa lagi yg mampu kita buat atau kata. Kalau dah bakar mercun pula, memanglah kita boleh jadi terkejut-terkejut. Teingat pula tengah sembahyang, entah-entah anak kita pun ada kat situ di luar pengetahuan kita. Manalah nak khusuk & tak geram kat gelagat depa tu!