Tuesday, December 28, 2010

LETUP-LETUP JUGAKAH INI?

Dalam paparanku yang lepas, ku kisahkan tentang buah letup-letup yang tumbuh liar di kawasan rumahku dan buah gooseberry yang diimport dari Colombia, yang ku beli di pasaraya.

Yang besar gooseberry, yang kecil 'letup-letup'.
Dalam komennya, seorang rakan blogger menyebut tentang adanya buah letup-letup yang pokoknya menjalar. Sebelum itu, ada pula seorang lagi rakan blogger yang mencatat tentang kemungkinan adanya buah lain yang juga dipanggil letup-letup, dalam komennya ke atas paparanku yang lebih awal, khusus mengenai letup-letup liar.

Mungkinkah kedua-dua rakan blogger ini memikirkan tentang buah yang gambarnya tertera di bawah ini? Ini gambar pokok yang tumbuh sendiri di rumah jiran belakangku, yang menjalar di pagar pemisah kawasan rumah kami. Di kampungku dulu, memang kami memanggil buah ini 'letup-letup'.

Sarung berkerawang letup-letup.
Nampaknya letup-letup liar luarbandar juga telah mengalami migrasi ke bandar-bandar!

Di bawah ini gambar buah letup-letup yang masih muda. Saiznya lebihkurang guli kaca. Isinya belum masak. Masih hijau.  Isi yang hampir masak nampak seperti selasih yang sudah kembang selepas direndam. Atau mungkin ada yang nak kata isinya nampak seakan-akan telur katak!

Buah letup-letup muda dan isi di dalamnya.
Kalau sudah betul-betul masak, kulit buah letup-letup jadi kuning  cerah. Isinya masam, dengan sedikit rasa manis.

Gambar-gambar di bawah jelas menampakkan 'letup-letup' adalah tumbuhan jenis menjalar. Berbeza daripada letup-letup yang ku anggap sekerabat dengan gooseberry, yang diceritakan dulu. Pada batang letup-letup menjalar ini banyak terdapat 'tali' seperti rupa spring, yang kerjanya meliliti apa juga yang sempat dililiti. Bila batangnya mantap 'terikat' kepada sesuatu, pucuk mudanya mudah memanjangkan langkah, menuju ke mana-mana arah!

'Tali spring' dan putik letup-letup.
Pokok letup-letup meliliti pagar pemisah kawasan rumah.
Mungkinkah letup-letup yang ku kisahkan ini sebenarnya bukan letup-letup? Mungkinkah ia punyai nama lain yang lebih senyap-senyap?

31 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam,
Isinya macam isi buah markisa, macam 'tadpoles' Ada kaitan ke si letup-letup pemalu dengan si markisa, Temuk? Dari imej, nampak ada 'protective jacket'. Kalau jenis ini pernah saya nampak melilit pagar tetapi tak tahu buahnya 'meletup'. Teruskan kajian.

kasihibu said...

salam
sya suka letup2 yg menjalar tu sedap masam masam manis

Unknown said...

SALAM,
BOLEH MAKAN KE BUAH2 LETUP TU? TAKUT, MELETUP DALAM PERUT PULAK NANTI !

Kakzakie Purvit said...

Salam cikgu,

Buah letup-letup ini memang menjalar. Kelongsong luarnya berkerawang dan bila masak warna kuning akan nampak dari luar. Buah ini kakak pun makan dulu. Kalau tepi jalan ada pokok paku pakis dia mudah tumbuh. Sekarang macam dah tak ada lagi, sebab dah tak ada semak/pokok paku-pakis.

Bagus N3 cikgu. Kalau tunjuk anak kita mereka memang ingat buah dari oversea.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum TEMUK...boleh ke makan ke coz sy mmg tak pernah makan letup2 nie huhuhuhuh

Siti Roffini said...

Salam Cikgu,
Letup-letup yang menjalar ini pernah makan masa budak-budak dulu. I loved the taste then! However, the local gooseberry version tak pernah tengok. Tapi xnuripilot came across it growing wild in the golf club a few days ago. He recognised it after reading your article. He promised to bring home a few today.

Siti Roffini said...

Salam again Cikgu,
As promised xnuripilot has just brought home not only the fruits of the gooseberry version but the entire plant!!! See what a profound effect your writing has on him! After shoving the plant to me, he reminded me to plant it immediately before hurriedly making an exit to join his golf members for their nasi lemuk kembung. I think I still prefer the letup of my childhood years, the climbing ones. But then again, it's been decades since I last tasted them. Have a good day Cikgu.

DrSam said...

salam abg temuk. spesimen yang ditunjukkan (gooseberry dan letup-letup) mempunyai ciri-ciri morfologi seakan sama tapi tak serupa. Mungkin dari segi taksonominya paling tidak berkongsi famili yang sama (genus mungkin tidak sama).

letup-letup liar memang tumbuh meliar dibawa oleh ajen penyebaran seperti burung dan tumbuh banyak dibelakang dapur rumah saya. Saya suka melihat bunga dia yang cantik juga kerawang buah letup-letup yang unik (macam ulat bulu).

Adry@Daun said...

Salam cikgu,
Berdasarkan foto di atas tu, pokok menjalar ni juga dikenali dgn nama pokok letup-letup oleh org Utara. Bkn buahnya sahaja blh dimakan, pucuknya juga blh dimkn. Ada satu lg pkk yg hampir sama dgn pkk ini iaitu pokok ulat bulu. Seluruh bhgn pkk mempunyai bulu2 halus dan baunya kurang menyenangkan. Buahnya memang blh dimakan dgn rasa msm2 manis. Pkk ini juga mengeluarkn bunga yg cantik. Jadi, nama pkk letup-letup adalah mengikut tempat dan negeri.

Temuk said...

Salam HJH NORA
Berkait atau tidak tak pastilah saya. Yg jelas, kedua-duanya dari suku kaum yg menjalar. Si markisa lebih dikenali orang kerana ia buah komersil. Telur kataknya juga punyai warna kuning cerah, menampakkan ia memang berpotensi dijadikan jus minuman.

Temuk said...

Salam SAYANGSAYANGIBU
Oh, sukakan rasanya, ya? Tapi susahlah nak perolehi sebab tak ditanam orang. Kalau terjumpa di mana-mana mungkin boleh disemai bijinya dalam pasu.

Temuk said...

Salam LUAHFIKIRAN
Gerenti boleh dimakan & disahkan tak meletupkan perut. Tapi, kata sesetengah orang, buah yang susah diperolehi tak boleh dimakan banyak-banyak. Disikitkan supaya kita makan sikit. Kot terlebih, mungkin seluruh tubuh meletup!

Temuk said...

Salam KAKZAKIE
Terima kasih. Insya-Allah walau tak banyak dah semak samun, dan kampung-kampung pun dah jadi bandar, sesetengah tumbuhan muncul dengan sendirinya, termasuk di kawasan bandar/pinggir bandar. Macam dua jenis letup-letup yg saya paparkan itulah. Tapi satu hari nanti, mungkinlah ada spesis tertentu yg akan langsung pupus.

Temuk said...

Salam SAHROMNASRUDIN
Ada maklumat tambahan dari rakan blogger kita ADRY@DAUN. Lihat komennya, nama ke 4 selepas sahrom. Blog ADRY memang tumbuh-tumbuhan amat informatif sekali. Singgahlah kalau belum.

Temuk said...

Salam Siti Roffini
Wow, so your dear hubby brought you back the whole plant? And managed to show you the beauty of our very own gooseberry? He must have made another 'hole' in the golf course when he pulled the plant out! Atau dah ditimbusnya balik? So, you too used to like the taste of the climbing letup-letup? Ladies seem to love masam-masam manis fruits. I hope xnuripilot will later have the chance to see the golf gooseberry bearing abundant fruits, under your tender care.

Temuk said...

Salam DrSam

Terima kasih atas tambahan maklumat. Hihihi, nampaknya si letup-letup liar suka tumbuh di kawasan belakang rumah orang! Atau si ajen penyebarnya yg suka ke belakang rumah?

Saya terfikir, kalaulah kelopak-kelopak kerawang itu diabadikan pada baju batik kita, alangkah cantiknya..... Ceria selalu!

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

kedua-dua jenis buah leletup di atas telah saya telan tika di zaman anak-anak. Bila cari spider kat kawasan belakang rumah, kat tangkupan daun leletup inilah spider juara saya jumpa. Sambil mencari, sambil menelan buahnya yang masak. Yang muda ambil jugak...letupkan kat dahi kawan..

Temuk said...

Salam ADRY@DAUN
Terima kasih di atas maklumat tambahan. Oh, pucuknya pun boleh dimakan? Teringat pula saya akan pucuk labu, yang berbulu-bulu, juga sedap dimasak lemak!

Nanti nak cuba cari cerita pokok ulat bulu (atau ADRY pernah buat entri?). Dari tukar-menukar maklumat kita semua, ketara kita dah jimat istilah, satu nama LETUP-LETUP untuk dua macam pokok/buah!
Ceria selalu!

Temuk said...

Salam CIKGU HUMAIRI

Seronok juga kisah lama tu. Hihihi, agaknya kalau spider gigit cikgu masa tu, bertukar jadi spiderman tak?

Kalau cerita cikgu diselitkan dlm pengajaran apa juga matapelajaran (dengan bendanya sekali ditunjukkan) tentu murid-murid seronok. Apa lagi bila ditunjukkan cara meletupkan buah muda pada dahi Ketua Darjah! Ceria selalu, Cikgu!

ckLah @xiiinam said...

'...ular suka makan ceplukan tu'kata jiran saya apabila tengok saya makan buah tu. Betul ke? Saya 'geragas' katanya...zaman dululah.

Abu Aiman said...

jenis letup2 yang berbulu dan isi mcm markisa ni saya pernah cuba dulu, but not the one called gooseberry tu.

Aida Ali said...

Suka baca blog tn. sebab banyak info tentang tumbuh-tumbuhan dan gambar2nya class gitu. Rasanya dah sampai masanya, nama blog ini ditukar; cadangan - Alam Floraku hehe... Selamat Tahun Baru

Temuk said...

Salam ckLah
Oooo, begitukah? Tak biasa pula dengar ular makan buah! Mungkin kalau ya pun, agaknya ular daunlah tu. Memang masa kanak-kanak, di kampung, kita 'geragas'. Apa pun yang ada di sekeliling rumah, di kebun, atau di semak-semak, agak-agak boleh dimakan, kita makan. Namun, walau geragas, kita sendiri tahu ada tumbuhan atau buah yang kita wajar hindari.

Selamat Tahun Baru 2011 & tahun baru persekolahan.

Temuk said...

Salam ABU AIMAN
Saya menjangka ramai yg pernah tinggal di kampung (di kebun getah, kelapa, kelapa sawit, atau buah-buahan) mesti pernah menemui & merasai buah letup-letup bersarung kerawang itu. Malah juga yang seperti gooseberry. Insya-Allah satu hari nanti kan jumpai juga nanti yang jenis gooseberry itu.

Selamat menyambut Tahun Baru 2011.

Temuk said...

Salam CIKGU AIDA
Terima kasih. Menulis bukan sebagai pakar, cuma sebagai pemerhati. Pasal tu tak apalah nama blog tu 'umum' saja - boleh saya meNUKIL mengenai apa saja. TQ, anyway.

Diharap kecederaan kaki semakin sembuh. Yang penting, semangat tak patah, Cikgu! Selamat Tahun Baru 2011 & Selamat Maju Jaya!

Ann @ DN said...

Salam Temuk,
atau lebih berbahasa lagi...Cikgu,

...mmm tgk gambarnya aje dah bole terasa masam2 manis isinya walaupon dah berpuluh thn pengalaman memakan buahnya d zaman kanak2 dlu...x sangka spesisnya berhijrah ke bandar juga :)

Selamat tahun baru Masehi dan Hijrah (terlewat dah...da bln Safar) dan moga Cikgu dan keluarga terus d rahmatiNYA...

Temuk said...

Salam N
Selamat manjalani hari-hari 2011. Semoga N & famili sihat & sentiasa di dalam lindungan Allah.

Nampaknya ramai yg pernah merasa buah letup-letup tu masa kanak-kanak dulu, ya. Dah tahap umur sekarang ni, pengalaman hidup semasa kanak-kanak juga memberi suntikan ceria.

yanmaneee said...

yeezy boost
golden goose
steph curry shoes
jordans shoes
hermes belt
jordan shoes
supreme new york
kyrie irving shoes
curry 6 shoes
air jordan

Unknown said...

informations supplémentaires réplique gucci continuez à lire ceci Dolabuy Celine naviguez ici réplique louis vuitton

pethi said...

company website z2x17b0f91 high replica bags replica bags pakistan read what he said r1k71z9p57 replica louis vuitton replica bags blog l0w62i8v50 click this link here now m8x86u6e38 replica louis vuitton bags replica bags karachi i0v07q7v66

Anonymous said...

hermes outlet
off white
hermes outlet
jordan retro
hermes sale online
off-white
kyrie 8
hermes outlet
off white
palm angels hoodie