Sunday, December 26, 2010

LETUP-LETUP MUNGKIN TAK MELETUP KUAT, TAPI ..........

Tengok rupa zahir, macam yang aku sebut dalam entri bulan lepas, memang buah letup-letup yang tumbuh liar di tepi rumahku sebiji macam rupa gooseberry (juga dipanggil Inca berry, Golden berry, Aguaymanto berry, Peruvian gooseberry dan Cape gooseberry). Masa banding-banding itu, aku tengok buah gooseberry dalam gambar saja!

Buah letup-letup dari pokoknya yang tumbuh sendiri di tepi rumahku.
Semalam aku terjumpa gooseberry betul, bukan gambar,  di sebuah pasaraya di Subang Jaya. Teruja! Congak-congak, sebiji 'letup-letup besar' yang diimport dari Colombia tu, bernilai hampir RM0.65 sen (boleh beli 1-2 biji pisang berangan!). Tapi beli juga. Nak tau macam mana rasa sebenarnya. Juga nak cuba biakkan, kalau boleh!

Gooseberry segar dari Colombia. Telah masak dan menyorok dalam sarung masing-masing 
Harga asal sebakul kecil tu, RM12.99. Masa aku beli, baru saja dipotong RM2.00.

Ada 17 biji gooseberry dalam bakul plastik kecil itu.
Bila dibanding-banding, tengok luar dalam, juga bila dirasa beri (berry) nya, nampaklah beberapa keistimewaan gooseberry. Lihat sajalah gambar-gambar di bawah ini.

Letup-letup dengan sarungnya dikopek

Gooseberry dengan sarungnya dikopek

Buah gooseberry dan letup-letup. Bandingkanlah saiznya.

Lihatlah persamaan isi dan rupa kedua-dua buah, walaupun
terdapat perbezaan saiz, warna dan juga rasa.


Gooseberry yang punyai saiz guli kaca (yang dulu kita gunakan untuk bermain) dan warna kuning pinang masak, aku jangka lebih menarik mata dan hati pengguna. Rasanya juga, ikut cita rasa akulah, lebih manis dan sedap. Ada merep rasa oren. Tak hairanlah gooseberry juga dipanggil 'Oren Cina' di kalangan sesetengah orang di Sepanyol.

Rasa letup-letup, agak masam-masam dan 'payau' sikit. Susah nak jelaskan rasa sebenarnya. Mungkin buah 'nadir' ini akan bertukar rasa, malah paras rupa dan saiz, jika pokoknya ditanam secara sistematik, dengan penjagaan yang sepatutnya.

Lagi satu perbezaan. Buah gooseberry matang yang ku beli itu mempunyai bau yang harum. Bagi aku, keharuman itu macam bau minyak wangi yang boleh disapukan ke badan. Letup-letup berbau juga, tapi tak harum.

Macam mana rancangan membiakkan letup-letup liar?

Masa ini, pokok solo letup-letup liarku itu dah nampak uzur. Sudah dibaja, terusan dijaga. Peringkat awal dulu, dia segar bugar. Sekarang nampak longlai, apa lagi dah kena serangan padu makhluk-makhluk perosak yang tak ku kenali. 

Kira-kira sebulan dulu, dia hijau dan sihat. Aku amat yakin, dia boleh jadi
Bangi Gooseberry. Dan dalam 10 tahun lagi boleh dikomersilkan! Kahkahkah!

                              
                                                Sendirian. Melata. Harap-harap buah-buahnya yang sudah
                                        ku petik boleh dijadikan biji benih. Nak cuba juga jinakkan nanti.
Rancangan menjinakkan letup-letup liar insya-Allah tak akan terkubur. Dia indigenous kepada bumi bertuah kita. Potensinya bila dikulturkan dengan amalan-amalan bercucuktanam yang lebih sistematik, perlu dipastikan. Walaupun ini semua boleh makan masa berdekad-dekad.

Letup-letup:  kalah kini, mungkin menang kemudian nanti.
Walaupun letup-letup tak meletup sekuat gooseberry, melalui penjinakan dan penjagaan yang tinggi komitmennya, bunyi letupannya boleh dijadikan jauh lebih hebat dari namanya.

Orang perlu mengenalimu. Kemudian mencintaimu.
Kemudian melebarkan sayap gagahmu itu.

29 comments:

ckLah @xiiinam said...

Kalau ckLah jumpa....mesti ckLah tak sampai hati nak beli...sebab masa kecik-kecik dulu, ini antara buah hutan yang jadi rebutan cklah dan kawan-kawan.


Sama 'orak mentolonya' ckLah nak beli pisang goreng ...sampai sekarang, kerana masa kecik, pisang goreng tulah sarapan harian kami...


Kalau nak makan pisang goreng, wajib goreng sendiri...

Unknown said...

SALAM,
KALAU LETUP2 DAN GOOSEBERRY DIKAHWINKAN APA JADI? TAK LAGI MELETUP2 DAN BERTAMBAH KUAT MELETUP?

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
Kalau menjadi 'gooseberry bangi'jangan lupa poslaju sebakul ke BC. Jangan ia meletup di tengah jalan sudah! Selamat mencuba!

insan marhaen said...

IM selalu letupkan kat dahi..

Pak Zawi said...

Salam Temuk,
Kita tanam saja gooseberry dari baka Colombia tu. Getah kita pun dulu berasal dari Brazil. Kalau tak sesuai baru kita cuba kacukkan. Mungkin saintis2 kat Thailand sedang mencuba mengacukkan dua jenis gooseberry ini untuk mendapatkan baka baru yang sesuai untuk ditanam di kawasan ini. Satu masa nanti kita akan dilambakkan dengan gooseberry kacukan dari Thailand melainkan Sdr. Temuk dapat mengalahkan mereka.

sahromnasrudin said...

as salam tuan temuk..tgk letup2 tue teringat zaman kanak2..terima kasih mengimbau sy ke zaman tue...

Kakzakie Purvit said...

salam cikgu,

Betul-betul cikgu seorang yg amat pemerhati. Kakak belum pernah rasa gooseberry, tapi yg cimplokan tu masa zaman anak-anak dulu memang dah biasa.

Hiran macamana pokok cimplokan itu boleh tumbuh di halaman rumah cikgu.

kasihibu said...

salam pakcik Temuk
gigih betul semangat pakcik menjaga sumber asli alam kan?
sya tabik sungguh, sbb sya tanam cili yg dah beli elok segar bugar pun tak tahan lama,
sekali dapat hasil lepas tu mati
ermmm malas ke atau tak ada masa sya ni ye?

Temuk said...

Salam ckLah

Uh, uh, kesian ckLah jadi tak sampai hati nak beli benda-benda tu. Tak mengapalah, goreng pisang sendiri lagi baik. Boleh buat style & ramuan tepungnya sendiri. Pamane kurang suka orang Klang Valley belah pisang jadi 3 tapi hujungnya semua masih bertaut. Bila goreng ketiga-tiga keping tu melekat. Jadi tak garing. Dah lah tu, depa suka goreng pisang yg dah terlalu masak. Berminyaklah...

Temuk said...

Salam LUAHFIKIRAN

Bila dikahwinkan barangkali jadilah LETGO. Bila dah let go, mungkinlah meletup tak berhentilah! Kihkihkih. Pasal tu nak perelok saja baka letup-letup tu, tak mau kahwinkan dia dgn sapa2.

Temuk said...

HJH NORA

Selamat menyambut Tahun Baru 2011.

Andai menjadilah gooseberry Bangi
Dapatlah share orang di BC
Bukan sebakul tapi seguni
Bukan poslaju, hantar sendiri!

Kalaulah meletup di tengah jalan
Orang menghantar jadi kempunan
Cadang nak intai extension & laman
Tentulah juga tak kesampaian.

Salam bahagia.

Temuk said...

Salam KELUARGA-AMRI

Hati-hati. Jika isinya dah masak sangat dan pecah di dahi, boleh jadi meleket & dikerumuni semut.

Terima kasih sudi singgah.

Temuk said...

Salam PAK ZAWI

Saya setuju sangat. Memang nak cepat-cepat semai bijibenih gooseberry ni. Malangnya macam-macam jenis tanah berbungkus yg dibeli utk menyemai tak berapa elok. Mungkin juga cara menyemai saya tak betul. Maklumlah, bukan orang yg terlatih dlm bidang tanam-menanam. Nampaknya, Pak Zawi, gooseberry Thailandlah yg bakal keluar dulu di pasaran nanti! But we'll still proceed with our plans!

Temuk said...

Salam SAHROMNASRUDIN
Terima kasih kembali. Sesekali kita mengimbau zaman berlalu atau diimbaukan ke zaman itu, memang akan ada pengajaran darinya. Misalnya kita belajar atau mengetahui, orang kampung lebih akrab hidup mereka dengan unsur-unsur persekitaran yg masih banyak keasliannya.

Temuk said...

Salam KAKZAKIE

Bukanlah pemerhati, KakZakie, tapi suka nengok-nengok saja. Saya perolehi gooseberry tempoh hari drpd Pasaraya Cold Storage. Rasanya di Jaya Jusco pun ada. Cubalah cari kalau berminat. Saya dah mula beli buah-buah & sayur-sayur tempatan & luar negeri (bila rasa ada lebih duit sikit la) yg dulu-dulu tak pernah cuba. Sebab rugi rasanya kalau kurniaan-kurniaan Tuhan kepada alam ni tak kita cuba nikmati.

Hihihi. Mungkin cimplokan saya tu bawaan burung. Atau haiwan-haiwan lain. Selamat menyambut 2011!

Temuk said...

Salam SAYANGSAYANGIBU

Usah jemu. Cuba lagi. Namun, memanglah sebab faktor masa yg terbatas, ada kalanya kita tak dapat beri tumpuan. Tak apalah, teruskan. Jangan sampai padam minat yg ada.

Ceria selalu!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) said...

Assalamualaikum Cikgu,

Hanya Khamis, 23 Dis, golf buddy saya ambil buah 'letup' yang tumbuh liar di lubang #9, DGCC. Beliau akan memetiknya untuk dimakan sambil menarik troli. Pagi tadi pun beliau memakannya. Bila ditanya buah apa, beliau memberi tahu buah letup. Yang saya tahu pokok buah letup menjalar. Banyak pula pokok buah itu di sini.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam MEJ. NOR IBRAHIM

Yang rakan Mej makan tu jenis yg saya paparkankah? Atau yg Mej kata jenis menjalar? Memang ada lagi buah liar yg orang kampung saya dulu panggil letup-letup, yg rupanya berbeza drpd yg saya paparkan. Utk seronok-seronok, insya-Allah akan saya paparkan gambar jenis yg satu lagi itu. Mej boleh tolong cerita balik nanti, itukah yg golf buddy Mej jumpa di lubang No. 9, DGCC tu. Ceria selalu!

Azian Elias said...

Salam Temuk,

kecik2 dulu selalu masuk dalam semak tepi rumah atok. Thenmakan buah ni sambil cari buah kuini yang gugur.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) said...

Assalamualaikum Cikgu,

Yang Cikgu paparkan.

Temuk said...

Salam YAN
Wah, hebat juga girl Yan tu masa kecik, ya? Berani masuk semak. Buah kuini tu unik keharumannya. Sesekali ada terjumpa di pasaraya. Dari jauh dah masuk hidung baunya. Sedap, tapi ada yg tak sukakan isinya yang agak bersabut.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam MEJ. NOR IBRAHIM

Terima kasih. Lepas ini saya akan cuba paparkan dlm entri saya letup-letup yg satu lagi tu.

pojo'an said...

Assalamualaikum cikgu. Post yang menarik untuk dikongsikan. Saya nak minta izin untuk share. Semoga bermanfaat sebagai rujukan ilmiah. Terima kasih dan selamat hari guru :)

Aliah Dahlia said...

Ada tak biji gooseberry dijual...

Aliah Dahlia said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalam Tuan Temu
Saya baru baca blog ni
12,Dis 2017

Blog Tuan Temu pd tahun 2010

Macam mana hasilnya?

yanmaneee said...

nike air max
air jordan shoes
adidas stan smith
off white clothing
kyrie 4
kd shoes
yeezy boost 350
christian louboutin outlet
adidas stan smith women
golden gooses outlet

yanmaneee said...

yeezy boost 350
kd 12
moncler jacket
moncler jackets
golden goose
kyrie 6
jordan sneakers
supreme clothing
moncler outlet
curry 6

Unknown said...

à partir de cette source Dior Dolabuy Consultez votre URL jetez un œil sur ce site Web accueil répliques de sacs gucci