Saturday, January 28, 2012

HARI MINGGU TANPA CERITA GAH: SEKADAR TERINGAT BEBERAPA BARISAN....

Teringat Barisan Nenasional ini.  Barisan yang dijamin manis!




Tak mungkin lupa Barisan Pondok di bawah ini.  Di Kampung Daun, arena mengelamun. Juga daerah nyaman. Kerana di situ kita pesta makanan. Sambil kita meresapkan diri ke dalam persekitarannya  - bagaikan menyebati jasad dan hati dengan bukitnya, sungainya, pelbagai hidupannya, juga rencaman tumbuhannya.

 




Juga teringat Pasar Baru yang acap diserbu.  Oleh pemborong, juga pelancong. Antara yang menarik dipamer di situ,  Barisan Penudungnya  - tudungnya atau yang menudungi, bener kan?


Juga di situ, Barisan Nasinya, termasuk si Nasi Timbelnya yang mudah, murah.


Cerita makan, makan, lagi! Walaupun di kalangan orang Jawa ada nilai, 'asalkan berkumpul, tidak makan pun tidak mengapa'! Walhal,  realitinya, asal berkumpul mereka mesti makan. Malah 'mbontrot' lagi!

Itu antara barisan-barisan yang dingat. Bila diintai foto-foto kunjungan ke kota Bandung, penghujung Mac 2011 yang lalu.

Apa ada cerita "Barisan" yang lebih menarik dari anda budiman?


(Nota:  'mbontrot' bermaksud 'bungkus bawa balik')

34 comments:

insan marhaen said...

Pondok S14 memang tampaknya mendamaikan...

dear anies said...

adezzzz meleleh la...

Temuk said...

IM
Semakin tinggi lokasi pondoknya, semakin menyeronokkan. Walaupun terpaksa menapak lebih! Rezeki masing-masing. Kena daftar dan tunggu giliran. Kalau kebetulan dapat pondok terdekat dengan pintu gerbang masuk, lokasi terendahlah itu. Nasib kurang baiklah... Walau apa pun seluruh persekitaran memang mendamaikan.

Temuk said...

KhaiRin - anies
Pakcik suka sup ekor yang digoreng yang sepinggan dengan nasi yang macam piramid tu. Mereka panggil sup bontot goreng. 'Air' supnya bekas lain! Dah ke sana atau mana-mana bahagian Jawa/Indonesia tak?

ckLah @xiiinam said...

Assalamualaikum...


Cerita yang gah tu macam mana toh Paman?


(Sambil telan air liur)

:D

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Waalaikumussalam. Hehehe, cikgu iki... yang gah tu pastilah yang hebat, cepat, padat, sendat, mantap dan barangkali, melipat kesat impaknya. Taklah macam cerita Paman tu, yang kesan maksimumnya mungkin hanya setakat menjadikan orang tak membuka blog sepanjang hayat....

Adakah OJA (orang Ja) di Sg Manila biasa memasak sup ekor goreng macam di Kg Daun?

LadyBird said...

susunannya unik.. berbaris..
nasipun unik.. bentuk kon..
cantik.. syg untuk dijamah :D..

Unknown said...

Salam,
Kalau nak buat "barisan" , buatlah barisan betul2 lurus ... jangan bengkang-bengkok ... LF tak suka, tahu tak ?

Unknown said...

TEMUK
Sungguh Unik & damai. Thank you for sharing this post.

Salam CERIA!

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
Timbul nak makan nenas bersama kicap bila lihat Basisan nenasional. Tergoda dengan bukan barisan pemakai tudung tetapi dengan tudungnya. Takut-takut membazir bila sudah tergoda. Barisan hidangan nasi dan lauk memang nampak menyelerakan tetapi sedap lagi masak asam melaka!

Al-Manar said...

Saya kurang faham penulisan, Cikgu, kali ini. Rumh rumah pondok itu untuk disewa atau disebuah kampong petani orang orang Jawa. Dan 'barisan penudung' itu dimana pula?

Temuk said...

LadyBird
Susunan dalam bentuk barisan mungkin boleh kita anggap sebagai satu pola yang normal. Bila yang namanya barisan mengandungi elemen-elemen yang kedudukannya terkedepan, terkebelakang, terkanan atau terkiri, itu yang jadi pengubah pola normal. Dan yang itu boleh jadi juga memudaratkan barisan.

Setuju. Nasi berbentuk kon itu memang unik. Kita pula punyai Nasi Tumpang di Pantai Timur, tapi kon nasi itu lebih kecil dan tinggi meruncing serta berbungkus dan berlauk, kan? Pakcik rasa itu lagi unik. Ceria selalu!

Nizam.Ariff said...

Salam kang,
'bontrotan' tu kalau disebut salah lain jadinya, kan kang? hahaha

Temuk said...

DATO' LUAHFIKIRAN
Setuju! Saya pun tak seronok melihat barisan yang tak lurus. Apa lagi yang namanya Barisan Pemimpin. Yang jadi Barisan Pembetul Pemimpin pun kenalah lurus juga barisannya. Kalau tidak macam mana nak betulkan barisan orang lain, hehehe.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Kaya. Barisan para semut yang ditentukan-Nya meliuk-liuk tetap membolehkan semut-semut itu berfungsi dengan efisien.

Temuk said...

ISAH
Hi Isah, semoga sihat semuanya. Terima kasih kembali. Dalam angan-angan, ada keinginan menikmati kedamaian dan keunikan 'river cruise' di Bandar Kuching, tapi entah bilalah akan berlaku. Salam bahagia.

Temuk said...

HJH NORALENNA
Salam, Hjh. Nenas dengan kicap memang ngam. Orang bukan-perempuan pun menyukainya.

Yalah, yang tergoda tentu akan membeli tudung-tudung itu, sedangkan di rumah sudah banyak di almari. Ada yang belum dipakai atau terlupa nak pakai! 'Kita orang' tak ada masalah, tetap satu songkok!

Kesedapan masak asam pedas Melaka memang tak boleh dinafikan. Di Bandar Melaka tu di kedai atau di rumah siapalah agaknya masak asam pedasnya berstatus 6 bintang?

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

BN - Barisan Nenas, Barisan Nasi, Barisan Nyelubung (Tudung)......cerita-ceriti Barisan sebagai petanda Pru semakin dekat. Kesemua barisan sangat cantik...apalagi BN - Barisan Nyonya yang memperagakan tudung tuh! Best Nyaamat!!! (BN lagi)...Manalah peginya Bulatan, Tegak Space Shuttle??

Agakan sahaja....mungkin kurang cantik jika BN BN di atas disusun menegak (?) atau dalam Bulatan(?).

kasihibu said...

salam pakcik
sya tak suka nenas, tak mesra dgn nenas
sebab paling paling sya tak minat perisi nenas, leceh nak korek tang hidungnya

tapi kalau gulai ikan masin campur nenas atau ketam campur nenas
sya terus jadi mesra nenas ;p

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

AL-MANAR

As-salam. Kg. Daun merupakan kawasan berbukit semulajadi yang diubahsuai khusus untuk dijadikan satu kawasan makan sambil bersantai yang besar. Setiap pondok di situ sebenarnya merupakan tempat orang duduk untuk makan. Bukan untuk disewakan. Boleh juga kita berbaring-baring di situ; bolehlah kita rasa adanya sedikit 'privacy' di dalamnya. Para pelayan menghantarkan makanan yang dipesan ke pondok pelanggan masing-masing dengan berjalan kaki.

Ketara tapi tidak ditonjolkan di situ ialah tempat memasak yang mungkin pun tidak disedari pengunjung sebagai 'rumah dapur besar' Kg Daun! Selain daripada pondok (tempat) makan, terdapat juga pondok-pondok untuk "cashiers" dan untuk pameran artifak lokal. Juga terdapat lokasi-lokasi menarik untuk duduk berehat dan mengambil gambar.

Kisah 'penudung' pula... Maaf ya jika tuan jadi terkeliru. Saya melihat barisan tudung-tudung yang menutupi 'kepala plastik' itu sebagai barisan penudung, (yakni penudung 'kepala plastik'). Saya juga melihat 'pasukan' beberapa orang yang mengenakan tudung ke 'kepala-kepala' itu sebagai barisan penudung juga (yakni tukang pakaikan tudung). Maaf, mereka tak ketara pula dalam gambar yang dipaparkan.

Temuk said...

AKU
Salam. Di kawasan kakang, rasanya ada satu saja cara menyebut 'bontrotan' tu. Maksudnya pun satu, iaitu yang datang kenduri/berkumpul masing-masing balik dengan membawa bekalan (bungkusan) makanan. Nang sebelah Sg Manik ono maksud lain yo?

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI

Walaikumussalam. Semoga Cikgu sekeluarga sihat wal'afiat. Hehehe, nampaknya Cikgu tarik 'kita orang' ke cerita Barisan!

Betullah barangkali, cerita Barisan Nenas, Barisan Nasi, Barisan Nyelubung (Tudung) tu nak angin-anginkan PRU13 dah dekat. Dah check daftar pengundi ke, Cikgu?

Barisan kepala 'amoi' tu memang ayu, memperaga tudung berbagai warna dan jenis kain (dan harga!). Memang Best Nyaamat!!!

Mane pulak peginye Bulatan? Hehehe, ade juge oghang gemo bulatan tu, Cikgu. Tapi aghi ni katenye ade juge oghang yang tak beghapa paham dah bulatan tu bulat pinggan ke bulat bola. Dulu deme yakinlah bulat bola, pasei gambonya gambo bende bulat di langit. Aghi ni ade yang kate dah jadi bulat pinggan, pasei dah dilepekan PaKaR-pAkAr daghi macam-macam kumpulan. Entah le, saye oghang kampung ni tak beghape paham ceghite-ceghite macam tu.

Ceria selalu!

Temuk said...

KASIHIBU
Salam, semoga semua sihat di rumah tu.

Hehehe, nak uji suri rumah sabar dgn rajin atau 'kurang', kata orang, boleh disuruh dia kupas buah nenas. Kalau Pakcik, lebih baik uji dia kupas buah nangka!

Walau apa pun, memanglah gulai ikan masin + nenas atau ketam + nenas hebat rasanya. Pajeri nenas pun hebat. Jem nenas, juga kuih tart nenas, pun hebat.

Tak tahu pula penanam nena$ di kampung-kampung kita memperolehi ha$il + pendapatan yang baik atau tidak masa ni.

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum,

Alamak bestnya nenas tu. Seronok dapat menjengok negara orang terutama negara yang hampir sama orang dan keadaannya dengan kita.

P/S untuk soalan hoya, cikgu boleh singgah di sini. dia ni sifu dan kawan saya yang mahir tentang orkid dan hoya serta beberapa pokok lagi. Jemputlah ke blog dia.

Orkidku blogspot

ngasobahseliman said...

Salam Mas Temuk.
Kalau nak kira barisan, sekarang ini di tempat kita tak pasti apa jenis barisan yang baik.

Kita doa sahaja nanti di akhirat kita masuk "barisan" yang cepat bergerak untuk masuk Syurga TANPA HISAB dengan RahmatNYA.

Semoga kita di sini dalam barisan yang benar-benar mendukung Kalimah Syahadah kita dan berani mempertahankannya dengan harta dan nyawa. Jangan kita cakap lain, buat lain. Allah maha mendengar, maha melihat dan maha menyaksikan. Kita mohon ampun dan semoga sentiasa Allah pelihara.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam. Memang seronok menziarahi pelbagai tempat di Indonesia dek kepelbagaian budaya penduduknya. Tapi, ada orang yang takut ke sana kerana gegaran yang acap berlaku dan tak menentu waktu serta lokasinya.

Terima kasih, insya-Allah saya akan singgah ke blog Orkidku blogspot itu nanti.

Temuk said...

NGASOBAHSELIMAN
Salam Hjh. Terima kasih di atas reaksi. Saya pun berasa dalam negara kita sekarang ini sukar untuk kita mempastikan barisan mana yang baik. Tak lama lagi nampaknya akan muncul pula 3rd force, satu barisan baru. Semua barisan menganggap mereka yang betul!

Tapi rasanya kitalah yang lebih berhak menilai mereka. Cuma kita pun ada kalanya boleh jadi tidak sepenuhnya objektif dalam membuat penilaian. DIA sahajalah sememangnya yang mengetahui segala-galanya.

Kakzakie Purvit said...

Kalau kakak dari barisan gambar tertera mestilah barisan tudung yg paling kakak suka. Dah nama pun 'wedok' cikgu...

Nasi tumpeng, nasi ambeng dgn nasi yg cikgu tunjuk tu tak sama ke cikgu? Wong jowo tapi orak paham hihi... reti mangan karo mbontrot wahe kata cikgu :)

Temuk said...

KAKZAKIE
Yalah, wong wedok mestilah pilih tudung lembut yang menutupi kepala daripada asykar kasar yang pikul senapang.

Setahu saya nasi tumpang itu 'produk' Kelantan dgn Terengganu. Kon daun pisang yang membaluti nasi serupa macam kon aiskrim. Di kawasan atas (tajam) itulah lauknya. Lupa pula saya nama 'nasi kon' yang dihidangkan di Kg Daun itu. Yang dibungkus daun pisang macam kotak empat segi itu nasi timbel. Nasi ambeng kita kan dihidangkan dalam talam (yg tradisional) dengan lauk pauk & ayam di tengah-tengah. Ayam selalunya dibelah 4 (satu talam untuk 4 orang). Hari ini ada kedai yang menjual 'nasi ambeng' yang pada saya merupakan nasi campur jenama baru!

sudipVSsenduk said...

Kampung Daun, antara tempat 'wajib' dikunjungi bila ke Bandung.

suka hadiri jemputan ke rumah orang berketurunan jawa, pasti ada bontrot.

Temuk said...

sudipVSsenduk
Oh, dah pernah ke sana, ya? Rasanya kalau tak ke situ semasa ke Bandung, memang rugi.

Orang Jawa ni memang "ngoleh-ngolehi" pengunjung. Tapi nampaknya buah tangan dalam bentuk bontrot sudah jadi lebih ringkas. Malah tak semestinya nasi + lauk pauk. Saya sokong perubahan ini sebab ia memudahkan tuan rumah.

yanmaneee said...

a bathing ape
yeezy
cheap jordans
bape clothing
kd13
supreme clothing
bape hoodie
golden goose
yeezy 350
hermes

stato said...

more info here bags replica gucci discover this info here best replica bags her latest blog Ysl replica bags

Unknown said...

replica bags australia replica hermes v0c17f0o11 replica bags dubai try this o4f52f7k04 Louis Vuitton fake Bags joy replica bags review replica bags philippines wholesale Home Page v0s25f9a35 7a replica bags philippines