Sunday, January 15, 2012

KALAU ASAL BENIH YANG BAIK.....

"Aku berasal benih yang baik, melanggar dinding, membesar segar, berbunga mekar."

Itulah kata si bunga Lidah Kucing.  Lidahnya, seperti juga lidah kucing, atau pembelanya, samalah... 'tanpa tulang'.
"Lihatlah dedaun dan bungaku. Ganteng, kan?"

Eh, eh, ramai pula bunga lain di sekeliling, macam berkata,

 
"Benarlah asalmu benih yang baik. Cuma lupa kau menyebut, tumbuhmu sebenarnya
di tempat yang subur.  Persekitaranmu baik. Makhluk perosak pun tak sudi mengusik."

Terkenang pula aku, si anak famili baik-baik, lahir dari benih baik-baik,
abahnya mungkin pegawai Jusa, ibunya mahaguru,
lazim kan dia menjadi insan hebat?
Kalau dia menjadi bilazim, tidak hebat tapi bangsat, tapak rumahkah,
atau "perosak makhluk" sekelilingkah yang mendajali sosialisasinya?

Dari beberapa penceramah, mengikut kefahaman cetekku,
boleh pula kubuat satu kesimpulan, yang sebenarnya tidak pula kugemari,
tidak juga kusetujui sepenuhnya, iaitu
"kalau asal benih tak baik, di mana-mana, juga bila-bila, tak baiklah jadinya".


(Nota: Dengan maaf, sila ambil maklum, nama bunga dalam gambar pertama di atas itu sebenarnya ialah Bunga Pukul Sepuluh, yang sememangnya sefamili dengan Bunga Lidah Kucing.  Sila lihat komen pemblog Adry@Daun dan respons saya. Terima kasih banyak-banyak kepada Sdr Adry).

16 comments:

kasihibu said...

Salam pakcik
betul juga apa yang pakcik tulis tu, lagi pun sya selalu dengar iman tidak dapat di warisi walupun ibubapa mereka yang soleh

pakcik, sya takut nak bawa KC kerumah pakcik
takut di kutipnya bunga bunga yang cantik dan mekar disitu ;p

Unknown said...

Salam,

Benar, suasana keliling ada pengaruhnya ... sukar nak dikawal, susah nak diubah ... walaupun ada postifnya, byk yg memberikan kesan negatif ! Dgn demikian, kita tumpukan usaha kita kpd diri dan keluarga kita ... insyaAllah dgn kekuatan dalaman yg terbina yg dilandaskan kpd ajaran kita, kita jadi kuat dan berupaya menghadapi tekanan2 luar ini !

Pihak yg berkuasa pula mempunyai tanggungjawab menangani faktor2 sekitaran itu tadi ... kita hanya membantu mengikut keupayaan dan kedudukan kita ! Wallahua'lam

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Bunga lidah kucing yg dlm foto tu sebenarnya bunga pukul sepuluh atau yellow tunera (tunera ulmifolia). Bunga lidah kucing sedikit berlainan dgn bunga ni. Warna bunga lidah kucing lebih lembut drp yellow tunera ni. Kedua-dua spesis bunga ini dlm famili yg sama. Pokok bunga lidah kucing adalah tunera subulata. Spesis ini dikenali dengan nama pokok pukul sepuluh.

ckLah @xiiinam said...

Yalah...., frasa yang 'jatuh ke laut menjadi pulau' tu tak berapa relevan pada budak-budak muda sekarang. Mereka ata , ta pernah pun tengok pulau tumbuh dari benih kat laut. :D



....makin cantik skil paman!

Temuk said...

KASIH IBU
KC tu yang suka main-main mandi bunga, ya? Hehehe, tak ada masalah walaupun dikutip habis. Masalahnya, bila datang mungkin tak ada sekuntum bunga pun di taman. Sesetangah tu gambar bunga yang pernah tumbuh di kawasan rumah Pakcik. Dan dah tak ada lagi. Pakcik sekarang pun dalam proses 'bersihkan' kawasan dengan mengurangkan banyak pokok supaya ringan sikit nak menjaga kawasan. tu.

Temuk said...

LUARFIKIRAN
As-salam.
Terima kasih, Dato'. Pengaruh faktor-faktor luaran sekarang memang hebat dan amat menakutkan. Pada hari ini, pengakuran kepada norma-norma kehidupan yang murni, apatah lagi yang bersifat keagamaan, banyak bersandar kepada kesediaan dan kemampuan pihak yang berwajib melaksanakan undang-undang yang sedia ada atau yang digubal baru. Bila isbat hukumannya kuat, insya-Allah ada juga kesan positifnya.

Temuk said...

ADRY
As-salam. Banyak-banyak terima kasih kerana membetulkan nama bunga itu.

Semoga pembaca mengambil maklum, nama sebenarnya, iaitu Bunga Pukul Sepuluh (Yellow Tunera). Di kampung saya dulu rasanya memang orang memanggilnya demikian. Tetapi bila saya rujuk sebuah buku baru-baru ini, disebutnya Lidah Kucing. Dalam satu laman-web mengenai bunga di Indonesia, disebut dua-dua! Memang jadi mengelirukan. Tetapi mungkin juga saya tersilap gambarnya, terutama apabila ada variasi-variasi sefamili bunga tersebut.

Walau apa pun, terima kasih sekali lagi. Pembetulan Adry amat-amat dihargai.

Temuk said...

@xiinam

Yalah, Cikgu! Anak-anak zaman sains canggih-cinggah sekarang mana nak terima perkara-perkara yang mereka anggap tak logik. Mereka akan kata, kalau pulau pun yang jatuh ke laut, tak tentu ia jadi pulau, sebab mungkin ia tenggelam. Mereka akan kata pula, kenalah tengok kedalaman laut dan padatnya tanah di perut laut... Isy, isy... banyak songel betul.

Jadi generasi sekarang kenalah diajar keindahan dan fungsi peribahasa dengan cara yang hebat. Macam mana, ya?

Gambar-gambar yang dipamerkan itu ada yang dari album lama. Semuanya guna senapang kompak. Kena lebih rajin lagi guna senapang dslr ni!

dear anies said...

betul2..dulu, ms study..tu la yg jd pegangan sy.. mudah2an berkekalan smpi bila2..insya allah..

Al-Manar said...

"kalau asal benih tak baik, di mana-mana, juga bila-bila, tak baiklah jadinya".

Saya tidak arif tentang tumbuhan. Umumnya saya tak setuju. Tuhan lebih adil.

Temuk said...

KhaiRin - anies
Insya-Allah, kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. Cuma, dalam keadaan sebenarnya, mungkinlah "tak semestinya", sebab banyak faktor lain yang mempengaruhi tumbersaran benih sekalipun asalnya benih baik. Ceria selalu!

Temuk said...

AL-MANAR
Saya juga bukan arif tentang tumbuhan, tapi menyukai dan seronok dengannya.

Secara jujur, saya juga tak setuju. Benih tak baik boleh jadi baik penghujungnya - ia boleh jadi tumbuh dan membesar dengan subur dan banyak mengeluarkan buah. Sebaliknya, ia juga boleh tak menjadi demikian sebab lambat disemai atau tak dijaga tumbesarannya. Sebagai perbandingan, manusia jahat pun, jika segera dididik dan dibimbing, dan dilokasikan di tempat-tempat yang merangsang dia menjadi baik, insya-Allah jadi baiklah dia. Begitu tak, tuan?

insan marhaen said...

agaknya pokok-pokok yang tumbuh di celah celah pagar dan pasu IM pun pokok herba yang bermanafaat, ya.

IM je yang tak kenal lalu buang sebab menyangkannya hanya menyemak pandangan mata!

Temuk said...

IM
Mungkin herba yang mahal harganya di kedai singseh! IM boleh tayangkan gambar-gambarnya dalam paparan. Insya-Allah ada yang mengenalinya dan memberi komen. Adry@Daun (yang ada komennya di atas) banyak menulis tentang tumbuh-tumbuhan dalam blognya. Demikian juga zul permatang badak.

zul permatang badak said...

cikgu....
memerhati bunga2 pelbagai warna, hati jadi girang.....lukisan alam kadang2 kita lebih faham........

bunga dijadikan ikatan ataupun janji.......

Temuk said...

ZUL PERMATANG BADAK
Amat benar. Warna warni bunga, kembang kuncupnya, apa lagi keharumannya, memang menggirangkan hati. Bagi yang sedang berkasih, makna memberi dan menerima bunga tentulah tak cukup tinta untuk menulisnya, tak cukup kata untuk mengucapkannya.

Tak semua orang mendapat keizinan -Nya menghayati kembang-kembang alam.... Syukurlah bagi mereka yang dapat menikmatinya.