Tuesday, January 17, 2012

KALAULAH AKU BERLAUK GAJAH.....

Hari ini depa datang ke kawasanku, 17 Januari 2012. Dengan lori 'sendiri' yang memang nampak gagah.

Nampak dari jauh,'pegawas-pengawas'nya pun ada.... Kira baguslah tu!

Boleh isi banyak tu. Padanlah dengan muatan yang dijangka, kan?
Ikut ceritanya, macam dalam surat khabar baru-baru ini , kontraktor yang selalu mengangkut buangan dapur di kawasanku sudah diberhentikan.

Mengapa, ya? Mengapa pula depa tak siapsedia dengan kontraktor baru bila tahu yang sedia ada bakal  ditamatkan perkhidmatannya?

Hari ini, dah seminggu buangan dapurku mampat dalam 'bilik khas'nya di bawah kotak surat tu.

Tak pernah begitu muncah si bilik khas, dengan isian yang 'super'-semerbak tu!

Ada juga beg-beg plastik yang pecah. Sebab berasak-asak lama. 'Handling' pun laju. Aroma hebat,  Bang!
'Bilik khas' yang jadi semerbak hebat kenalah mandi berlangir! Dengan air sabun. Bukan perahan limau purut atau limau nipis.

Kira cucilah tu. 'Bilik khas' takkan boleh bersih-wangi saban hari!
Bila kupancut sisa-sisa yang tertinggal dalam 'bilik khas' itu terlonggoklah, antaranya, sisa-sisa tulang.

Kalau seminggu yang lepas aku berlaukkan gajah, pastilah berselerak tulang-tulang gajah di situ. Mujurlah aku makan ikan dan alif ya mim!

Gambar tanpa aroma. Maaf banyak-banyak, ya. Bukan tulang gajah, kan?
Dah berpuluh-puluh tahun tak pernah ada masalah 'sisa dapur bertapa lama' di kawasanku.

Aku tak faham bila seorang kawanku kata, masalah itu ada kaitannya dengan PRU13.

Isy, isy, isy........ Tak masuk kepalalah! Tak ada kena mengena langsung!

Lagi pun PRU13 itu kan wangi! Kan, kan?

30 comments:

ckLah @xiiinam said...

Salam Paman...


Takkanlah hal ehwal sampah pun sampai nak dipolitikkan ya Paman! Haih....



***Terpegun tengok rumah tu....kok guwedi temen toh! :D

insan marhaen said...

ini yang dikata - gajah dengan gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah. antara parti politik bertelagah, rakyat yang kempunan!

al-lavendari said...

memang banyak benda yang kita tak puas hati sekarang.

sbpa misalnya. tapi kalau tukar orang kat putrajaya itu adakah boleh dijamin keadaan akan bertambah baik ?

bolehkah benda macam ni di cuba-cuba ?

tak tahu apa nak fikir.

kasihibu said...

perkara yang serupa berlaku disini
sya pun dah tak tahan bau sampah, lepas mereka punggut memang kena basuh sbb bau dah melekat tp tak lah sampai berlimau purut kan pakcik? ;p

cuma guna serbuk pencuci wangian lemon (,")

dear anies said...

sm la kes kt sini...

Anonymous said...

Saya tak tahu ada kaitan dengan PRU13 atau tidak. Di Jitra problem ini jelas bertambah baik sejak beberapa bulan yang lalu. Sebelum tu sampai dua minggu pun ada tak angkat. Jadi mungkin ada kebenaran nak pancing undi untuk kekal berkuasa di Kedah. Harapan saya agar PRU13 diadakan selambat mungkin supaya mereka terus datang angkat sampah right on schedule. Selepas PRU, they'll be back to their true colours.

Temuk said...

@xiiinam
Salam Cikgu. Itulah, takkan semua hal dipolitikkan. Cuma, kata kawan Paman, kita ni jangan jadi tak sensitif pada apa yg para politikus (tak kiralah parti bulan, matahari, bintang atau apa saja)mampu buat. Susahnya selalunya kita ni tak tahu cerita dalam/sebenar. Katalah kes sampah terbiar, adakah sebenarnya ada usaha di mana2 nak sabotaj parti yg memerintah, atau adakah parti yg memerintah nak tunjuk bila ada masalah kami boleh selesaikannya?

Hehehe, lo..umah-umah wong yo 'guwedi' to. Umahe Paman yo ciliklah. Dhadhi ora ketok.

Temuk said...

IM
Peribahasa itu saya kira memang masih relevan lagi bagi masyarakat kita hari ini. Tanpa mengaitkannya dengan paparan saya, ingin juga saya nyatakan rasa letih masyarakat dengan perbalahan parti pemerintah-pembangkang kita yang "tak berhenti-henti" sejak pilihanraya yang lalu. Letih lagilah kita nanti jika selepas PRU13 keadaan yang sama berlanjutan, apa lagi jika dalam bentuk yang lebih ekstrim.

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Saya setuju, banyak perkara yang tak kita setujui berlaku dlm negara hari ini. Bagi saya, antaranya ialah perbalahan antara dua barisan (nasional & pembangkang) yg 'non-stop' dari PRU12 hinggalah kini. Dlm satu-satu parti pun ada saja konflik. Sudah banyak diperkatakan, ini merugikan kita; tapi yg bertelagah pastilah mahu mempastikan mereka tak rugi...

Saya setuju, ada benda yg kita kena cuba, baru tahu buruk baiknya. Tapi pasal pemerintahan negara, mungkin kita tak boleh main-main. Saya menyokong pemimpin yang rasional, sederhana, dan adil (bukan yg fikirkan kesamarataan sehingga menjulang liberalisme), dan paling utama, "tidak mudah dicucuk hidungnya" oleh kuasa-kuasa dalaman atau luar.

Temuk said...

KASIHIBU
Dalam surat khabar memang ada berita beberapa tempat di Selangor bermasalah dari segi kutipan sampah kebelakangan ini.

Pembuangan sisa adalah satu bisnes besar. Kita amat perlu menghalusi kalau ada masalah berkaitan dengannya, apa sebenarnya yang berlaku, dan siapa yang terlibat di dalamnya. Memang tak wajar nak tuding jari saja.

Oh, guna serbuk beraroma lemon untuk cuci tempat buang sampah, ya? Hehehe, syarikat keluarkan serbuk ni entah-entah ada peranan nak pastikan wangian lemonnya laku, tak?

Temuk said...

KhaiRin - anies
Yalah, Khairin. Usahkan sampah sarap, yang tak sampah pun boleh wujudkan masalah di sana sini, kan? Yg penting, bila ada masalah, ia dapat diselesaikan dgn efisien.

Temuk said...

sitiroffini
Kalau nak tunjuk efisiensi dgn adakan masalah dan kemudian selesaikannya (mungkin dgn cepat & baik), pelik juga, ya?! Sebab, bila ada masalah, orang juga akan kata, pihak yang diberi amanah itu tak cekap, sekalipun kemudiannya masalah diselesaikan. Bagi mereka, kalau cekap tentulah tak beri ruang utk masalah wujud. Entahlah.

Walau apa pun, kalau sampah, terutamanya sisa dapur, tak dikutip sampai 2 minggu, memang seriuslah. Mungkin ada sebab yang tak boleh dielakkan? Semoga tak berulang.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Syukurlah kat temapt saya tinggal sekarang tiada masalah sampah yang boleh membuatkan kita menyampah (atau menyumaph) pada pihak berkenaan. Di sini, smeuanyam asih berjalan lancar dan mengikut jadual. Sebuah insinerator telah dibina untuk melupuskan sampah sarap ini. Cara lama lupuskan sampah tidak boleh digunapakai di sini kerana kawasan yang agak terhad.

eiela said...

sampah kalau berlonggok lama, semerbak baunya.

Temuk said...

ADRY
Salam sjahtera. Hehehe, tepat sekali. Walaupun kita tak suka melakukannya, tapi kalau di tempat kita sampah dah jadi masalah, itu memang boleh menyebabkan kita menyampah dan menyumpah...seranah!

Apa agaknya bi-produk bakaran insinerator tu, ya? Ada tak yang boleh digunakan?

Temuk said...

eiela
Terima kasih singgah. Sampah sarap, dalam apa bentuk pun, memang perlu diurus. Pencemaran darinya mengganggu kehidupan kita dan persekitaran fizikal juga. Jumpa lagi!

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam,
Pernah berlaku di kawasan rumah BC, lori angkutsampah tak berkhidmat untuk beberapa hari. Sampah sudah penuh dalam tong sampah ditambah pula dengan baunya. Saya membuat aduan kepada majlis yang berkenaan.Tidak berapa hari kemudian perkhidmatan diteruskan.Rupanya lori angkut sampah rosak. Tapi, takkan ada pengganti?

ctpayong said...

Ada kaitan dgn PRU13. Apa kaitannya? Masih garu-garu kepala yang tidak berapa nak gatal.

ckLah @xiiinam said...

***ckLah sedang tayang hasil fotografi di taman bunga taik ayam. Okey tak imej pegun nya paman?

Hehe.


***ckLah dapat jemputan Walimah anak Tuan Haji Masmuda (kawan sekelas paman dulu kan) bulan depan. Anak bongsu dia...

Nizam.Ariff said...

alif ya mim..... unta?

School Of Tots said...

Alhamdulillah masih ada org yg sudi pungut sampah kita. Kawasan saya depa dtg pukul 5 pagi...awal betul.

Temuk said...

HJH NORALENNA
Miskin agaknya si Bandaran Bandaraya Melaka tu. Mungkin banyak lori depa, tapi banyak yang rosak! Sepatutnya bila ada masalah perkhidmatan depa tu patutlah beritahu penduduk kawasan. Ini, kita yg kena tanya depa. Tak ingatkah depa kita bayar cukai setiap tahun?

Temuk said...

CTPAYONG
Apa kabar? Cerita kaitan tu kawan saya punya. Saya pun garu kepala nak cuba cari & fahami kaitannya. Tapi yalah, pembuangan sampah tu satu bisnes besar. Tentu ramai yang meminatinya. Dalam keadaan demikian ia boleh dipolitikkan.....

Temuk said...

@xiiinam
Nanti Paman jenguk hasil fotografi ckLah tu dan beri reaksi. Ikut firasat, mesti elok hasilnya tu...

Alahai Hj Masmuda.... Puluhan tahun tak ketemu & tak berhubungan. Mungkin dia dah tak ingat pun. Memang teringin cari dia satu hari nanti, macam Paman cari Hj. Subari di Sg Samak dulu tu. Tapi apalah daya, alamat Hj. Masmuda ni Paman tiada, telefonnya tak diketahui. Semoga kendurinya dan anaknya yang berkahwin diberkati Allah. Manalah tahu dia ingat, kirim salam, ya. (Lihat emel ya jika berkelapangan).

Temuk said...

AKU
Aku ni nak kena ke sekolah Pendekar Bujang Lapuk nampaknya.... Tengok tak Cikgu Roseyatimahnya? Hehehe, mana boleh alif ya mim tu 'unta'. Itu kan ejaan untuk 'ayem'. Tentulah 'ayem'/selesa sebab dapat makan dan dapat makan banyak.

Temuk said...

School of Tots
Syukur, servis macam selalu balik dah! Sekali-sekali mestilah ada sangkut. Tak mengapalah. Dan bila servis pulih semula di kawasan saya, memang depa tu datang awal pagi, iaitu sebelum subuh. ketemu lagi!

LadyBird said...

mesti baunye menyucuk2..
xleh bygkan..

Anonymous said...

Di kawasan rumah saya juga menghadapi masalah yang sama sejak pertukaran kontraktor ni.

Sehari dua ni nampak dah ada improvement.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Dalam perjalanan ke Perak pada 23.1.12 yang lalu, saya perhatikan ada orang (saya jangka yang tinggal di taman-taman kediaman)melonggokkan sampah sarap di beberapa lokasi di pinggir jalan di sekitar kawasan Sabak Bernam. Ada kemungkinan banyak tempat di Selangor yang menghadapi masalah sampah tak dikutip. Semoga sekalipun 'slow' masalah ini dapat diatasi segera.

Temuk said...

LadyBird

Baunya mestilah menyucuk hidung... menusuk hati... menjolok mata... membusuk persekitaran! Bila masalah menjadi ekstrim, ia mudah jadi isu politik pula. Walau apa pun, semoga menjelang Februari nanti masalah ini, terutamanya di Selangor, dapat diselesaikan.