Friday, January 13, 2012

TENGOK-TENGOK i, ii, iii DENGAN SENAPANG

Lama (baru 2 hari!) tak mengintai sekeliling rumah. Lalu, kulakukan dengan membawa 'senapang gambar'.

(i)
Tiang payungnya lebihkurang 2" tinggi. Siapalah agaknya nama sebenar si intan payung ini?
 (ii)
Dia adik beradik "kembang Negara". Tapi, dari dulu hinggalah kini, semangatnya tetap "kuncup".
 (iii)

Pada batang tubuhku.......
Ramai yang rajin menempel mesra.
Banyak bangsa pula tu! Alahai rimasnya!
Tapi, penempel yang ini memang kugemari..... Tak mengapalah jika kuberi dia taraf Pemastautin Tetap.
 Gambar terakhir yang kutembak menimbulkan tanda tanya .
Anggerik hutan yang liar itukah dia? Siapa yang diam-diam menyemainya di situ?

25 comments:

Unknown said...

SALAM,
Yang pertama tu macam cendawan atau sememangnya cendawan? Boleh makan ke?

Temuk said...

LUAHFIKIRAN
As-salam. Saya yakin ia sejenis cendawan. Rasanya tak boleh dimakan. Lagi pun amat kenit si cendawan ini. Dilihat pada rupanya, saya agak ia akan larut-hilang semasa dimasak!

Nizam.Ariff said...

Salam,
macam mana orkid tu boleh sampai ke situ? burung semaikan?...

al-lavendari said...

nasib baik yang menempel tu bukan dedalu .. kalau tidak kenalah beri taraf warganegara.

ckLah @xiiinam said...

Semakin seronok menembak mutakhir ni ya paman! :D

Amie said...

Selamat pagi Ayah,
banyak intan payung boleh kita nampak, tumbuh di musim hujan! November lepas semasa kami ke Lembah Danum, memang banyak sangat nampak cendawan yang pelbagai, cantik-cantik belaka tetapi bila ada 2 ekor pacat naik ke baju, Amie tidak berani keluar dari lorong pejalan kaki untuk ambil gambar cendawan-cendawan tu!

Temuk said...

AKU
Salam. Besar manalah agaknya bijibenih si orkid tu. Saya tunggu yang pakar tolong jelaskan. Kalau betul burung yang membawanya, dari hutan manalah agaknya. Pandai betul dia menyemainya di situ. Entah-entah burung dari Sg. Manik, tak?

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Saya sudah kenal si dedalu. Yang itu memang jenis 'kena beri taraf warganegara dari dulu-dulu'! Yang rupanya macam mana, ya?

Dedalu yang menempel di pokok teh di belakang rumah saya sudah saya hapuskan, sekali dengan pokok tehnya! "Geram aku!" Hehehe.

Temuk said...

@iiinam
Bener, kok. Bila keluar menembak ni, boleh terleka. Tembak satu, ternampak yang lain. Klik, klik, klik. Bila masuk kat komputer, 99% masuk kategori 'delete'. Paman nunggu paparan @iiinam yang tonjolkan hasil tembakan ni. Salam bahagia.

LadyBird said...

salam pakcik..
pakcik.. yg bawah sekali yg menempel tu pokok ape?
yg kedua bawah tu pokok ape yg ditempel tu ek?
pokok pisang ek?

Temuk said...

AMIE
As-salam. Wow, tentulah cantik pemandangannya bila banyak intan payung pelbagai rupa dan warna memperagakan diri di Lembah Danum tu. Yang tumbuh di kawasan rumah Ayah tu hari ni, sudahlah kecik kenit, cuma sepokok saja pula. Orang kata gigitan lintah boleh membuang darah kotor. Jadi Amie jangan takutlah kalau cuma seekor dua tumpang hinggap, hehehe.

Unknown said...

Seronok isah baca post ni...macam sekali lagi berada di alam Nature Study.

kasihibu said...

salam pakcik biasanya orkid liar berwarna putih, unggu atau pun kuning berbunga lebat dan cantik

Temuk said...

LADYBIRD
Salam, Ladybird
Pada gambar terakhir, yang menempel kalu dilihat zahirnya seperti pokok anggerik/orkid. Pokok yang ditumpangi ialah sejenis palma. Tak tahu apa namanya. Pada pelepahnya banyak duri tajam.

Temuk said...

ISAH
Hi Isah, terima kasih. Semoga sihat dan semoga banjir di sana sini di Sarawak semakin pulih. Persekitaran flora dan fauna di Sarawak lagilah menarik. Saya selalu dapat menikmatnya melalui blog Khairul Onggon. Ceria selalu!

Temuk said...

KASIHIBU
Salam. Nampaknya kita kena tunggu, kalau betul si penumpang itu orkid liar, dapatkah ia menonjolkan ciri-ciri yang kasihibu sebut. Semoga ia hidup subur sampai berbunga, insyaAllah. Dibimbangi ia jatuh bersama kelopak pelepah yang kering. Pakcik kena usahakan supaya dia terus melekap mesra dengan si palma yang ditumpanginya.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Rututi...
dimusnaah dan diberi taraf pemastauti tetap...

Untung si anggerik merpati, walau bukan merpati yang menyemai...
mendapat tempat dihati.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Cendawan tu mmg tak bloeh dimakan sbb ia beracun dan saiznya sgt kecil. Ada tumbuh di celah2 rumput selepas hujan. Bunga raya yg tu mmg namanya bunga raya kuncup. Pokok penumpang yg saya dpt lihat dlm foto, dragon scale fern(pokok duit-duit), bird nest fern atau paku sakak burung/paku langsuyar. Bird nest fern ni cantik jika tnm dlm pasu gantung atau sbg pokok hiasan kolam. Orkid liar tu nmpk gaya mcm pigeon orkid tp msih kecil utk pasikn spesisnya. Pigeon orkid berbunga wanra puth bersih dlm kuantiti yg sgt byk. Dan plg menarik, bunganya berbau harum semerbak. Sayangnya ia hanya mekar sehari saja.

Adry@Daun said...

Hampir semua spesis orkid liar membiak melalui biji benih. Bila buah telah masak, kulit buah orkid akan terpecah dengan sendiri dan biji benih di dalamnya akan terbang ditiup angin. Biji benih orkid sgt kecil dan amat ringan, seolah2 debu/habuk. Ia akan terbang jauh dan apabila sampai di tempat yg sesuai(kebanyakannya cabang pokok besar), biji benih akan bercambah dan meneruskan survivalnya. Pokok orkid merpati ada khasiatnya sbg ubatan trandisional. Cikgu blh rujuk di blog saya. Anak pokok orkid tu cikgu blh pindah ke pasu atau dahan pokok besar lain bila ia dah besar nanti. Orkid merpati ni sgt lasak sifatnya. Dlm dunia hutannya, ia tak perlu siraman semasa musim kemarau. Semasa ketiadaan hujan dlm tempoh yg lama, orkid merpati akan menggunakan air dalam batangnya(pada bhgn pangkal yg berbentuk lonjong tu).

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Waalaikumussalam. Lame tak jumpe, ye Cikgu. Bila tengok penumpang tu macam orkid sejuk dan terujalah hati, sebab ingin melihat dia membesar sampai hasilkan bunga. Oh, Anggerik Merpati namanya! Terima kasih. Adry (yang tulis 2 komen di bawah komen Cikgu) nampaknya sahkan, itu Pigeon Orchid. Semoga dia sihat sehingga berbunga. Insya-Allah.

Temuk said...

ADRY
Salam bahagia. Terima kasih di atas 2 komen. Maklumat Adry mengenai orkid itu menjadikan saya lebih teruja untuk mempastikan ia membesar dan berbunga. Cabarannya? Saya bimbang ia jatuh bersama kelopak pelepah palma yang sudah kering. Nampaknya kenalah cari jalan supaya ia tetap melekap dan akar-akarnya meliliti batang palma. Lega juga saya mendengar orkid merpati itu lasak, sebab palma yang ditumpanginya memang terdedah kepada matahari hampir sepanjang hari. Mungkin juga saya akan pindahkan anak orkid itu ke dalam pasu. Ada lagi bahan-bahan untuk tujuan itu yang pernah saya beli dulu (planting kits) bersama-sama anak orkid yang dihasilkan melalui kultur tisu. Tapi, hehehe, masa itu, sebab tak serius, satu dsemi satu anak orkid saya meninggal! Saya akan cuba cari paparan Adry terdahulu mengenai orkid itu. Terima kasih banyak.

School Of Tots said...

Cantek dan hebat sungguh ciptaan Allah. Lebih hebat lagi ciptaan mata yg memandang. Alhamdulillah.

Anonymous said...

Bestnya dapat orkid liar macam tu. Rezeki tu.

Temuk said...

SCHOOL OF TOTS
Benar! Alhamdulillah, segala-gala yang cantik itu dapat pula kita nikmati dengan mata yang dikurniakan-Nya kepada kita.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Semoga orkid liar itu dapat bertahan di situ, sebab sekalipun ada keinginan untuk mengubah tempatnya, sebenarnya lebih besar keinginan untuk membiarkan ia di tempat asal itu. Sememangnya rezeki. Insya-Allah, akan subur dan berbunga.