Friday, February 22, 2013

APE DEPE BOLEH BAGI?

Ape depe boleh bagi? Depe tu, bende yang kat bawah ni le. 
Yang ade kuceghite dalam entri lepeih.
Ade lebih kughang 50 ketoi tu. Bile dah kutanak depe tu 
dalam ayo (biji dalam kubuang le!), campo gule baghang sekilo.......


Kemdian, bile dah sejuk, tapeih elok-elok..... nilah diye 
yang depe bagi aku. Kalo dicampo dengan ayo,
boleh le kot jadi 4 kali gande banyaknye. Ok le tu,
untuk oghang macam aku yang tak suke maneih-maneih.
Bile kumasukkan dalam blender, kelopak-kelopak depa 
yang memang dah nak hanco kene rebuih, yang 
telonggok dalam penapeih, campo gule sikit, kemudian 
tanak lagi sekejap, dapat pulak aku bende kat bawah ni.

Jem ke, ape ke, tak kighe le. Asei boleh kusapu pade ghoti!

Bende home-made ni kighe pure betoi. 
Tulin bebeno. Tak ade pengawet. Tak ade 
campo ape-ape. Kecuali gule dengan ayo.

Pasei tu, tentu le tak tahan lame.

Tak payah tahan lame pun tak ngape. Pasei dalam 
seminggu ni habeh le bende tu  oghang sapukan ke ghoti.

25 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Wah, BEST nya, minuman roselle dan jem buatan sendiri. Dapatlah anak cucu rasa sama, ye.

Umm AA said...

Salam Pak temuk..
Uuntung kan tanam sendiri, proses sendiri nie..dpt gak sirap rosella dah tuh lak jam roselle..mmg untung sesangat..

ckLah @xiiinam said...

Assalamualaikum.
Melabon Peghak pulok kome ye ari ni. Hehe...

Temuk said...

Alenna
Para cucu teragak-agak juga nak rasa. Takutkan warna aslinya yang memang merah garang. Tapi, manis gulanya tetap memikat. Di persekitaran BC dengan BS pasti boleh juga dihasilkan barangan demikian.

Temuk said...

Salam ummuaidan
Untung makan + untung minum, tak seberapalah kalau dikira betul-betul kos menanam + menjaga tanaman + gas memasak + air membasuh + gula + tenaga + macam-macam. Tapi, Pak Temuk amat seronok dengan untung pengalaman.

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Wa'alaikumussalam. Paman ghase tak peghonah melabon Peghak kat alam maye ni. Nak ncube le. Kalo balik kampung, jumpe kekawan, deme asyik kate kite pelat Kelumpo. Nak kene latih!

ctpayong said...

assalamualaikum wbt.

berbaloi kalu berkawan dengan tanah ni kan...

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tak membazir, berbaloi tanam.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam wbkt
Insya-Allah berbaloi, termasuk dengan keseronokan dan kebahagiaan di atas kurniaan Allah. Apa pun bentuknya!

Temuk said...

Wa'alaikumussalam, Kunang-Kunang. Insya-Allah berbaloi. Ada keuntungan material. Ada keuntungan spiritualnya. Alhamdulillah.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
memang merah menyala warnanya...merah hati! Bagusnyalah kalau Amie ada roselle & boleh gunakan untuk pewara kuih, selamat dari bahan kimia pewarna tiruan. Rasa nak cuba barang sesudu sapu atas roti!

MamaTim said...

hihiii.... seronok baca loghat perak ni, sambil baca terbayang mcm terdengar suara pengacara hotfm tu.. Roselle mmg sedap. Biasa minum cordial yg dibeli, yg buat sendiri cenggini belum pernah cuba. Mmg banyak khasiat roselle ni kan.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam, Amie.
Nampaknya Amie dah bagi Ayah idea gunakan roselle sebagai pewarna kuih. Nanti bila jadi buat apam balik (sebab belanga tembaganya dah dijumpai) bolehlah Ayah warnakan dengan warna roselle. Takut pula orang nak makan! Mungkin boleh juga cuba buat kuih lapis tepung beras, kan? Selang putih dengan merah. Alahai.... tentu tak sempat Amie nak merasa jem Ayah tu, sebab dalam dua hari pun sudah 50% susutnya!

Temuk said...

Semoga Mama Tim sefamili sihat. Boleh faham kan loghat Perak Pak Temuk tu? Rasa roselle cordial yang dibeli dengan yang dibuat sendiri lebihkurang sama saja. Pasal khasiat tu, tak berapa tahu pula. Hihi, bagi Pak Temuk, bila ada rasa masam, macam limau, adalah vitamin Cnya kat situ. Barangkali! Yang dah jadi jem, baiknya mungkin kerana seratnya.

makchaq said...

Salam Pak Temuk

Makchaq pernah tengok satu rancangan kebun2 ni (Australia). Makcik2 kat sana buat jem rosselle ni depa bubuh sikit biji dia yg katanya ada pectin untuk jadikan jem macam jelly walaupun gula tak banyak dan masak tak terlalu lama..

Temuk said...

Salam Makchaq
Terima kasih, itu satu maklumat yang berguna. Lain kali boleh cuba cara begitu. Belajar daripada yang berpengalaman, isnyaAllah lebih baik hasilnya.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Sonok macenye yop. Gase macam belabun kat padang temberang kat tok ensen tu...

makk aiiii...manyak tu...sekilo, kalo setengah kati tu teman ghase dah cukup kot????...tak ngapele, ikut tekak memasaing erak??

...lawa botoi jem tu. Botoi lame ke??. Ghasenye dah tak jumpe lagi botoi camtu giniaghi....

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Rasa macam di Perak pula bila baca nukilan kali ini. Cikgu ada kepakaran yang pelbagai. Bertanam boleh, memasak pun boleh, berbahasa dialek 1Malaysia pandai juga ni.

Jus dan jem roselle yg asli dah lama saya tak merasa sebab tiada sumber utk dapatkan bekalan bunganya. Setakat ni saya belum tanam roselle. Dulu-dulu(lama dah..) ada pokok di tepi rumah. Bila dah byk, kita pula yg abaikan. Apabila dah tiada, tercari-cari pula.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi
Hihi, sebut Padang Temberang, teringat pula Wak kepada Malaya yang menjual ubat kat situ. Juga penjual2 ubat lain (termasuk yang main ular tedung). Memang rajin ke PT sebab dekat dengan rumah tumpangan masa sekolah di Teluk Anson. Lagipun ada Mastan Ghani (mee rebus & rojak dia memang glamour)di situ. Juga barisan penggunting rambut (pakai kerusi rotan) yang cajnya cuma 3 kupang.

Betul kata Cikgu. Pekat sirap roselle saya tu. Guna sikit dah manis. Tapi, manis tak manis sesuatu tu susah juga nak ukur, kan? Memang subjektif, juga relatif, sebab citarasa orang berbeza-beza.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam Adry
Bila sesekali balik kampung berkenduri dan jumpa kawan2 lama, adalah peluang bercakap Perak. Saya punya, Perak Selatan. Tapi, kawan2 pun bila jumpa kita mereka gunakan bahasa Kuala Lumpur. Mungkin pengaruh anak2 yang banyak tinggal di KL atau sekitarnya.

Ada beberapa biji roselle yang bakal saya jadikan benih. Mudah-mudahan elok jadinya. InsyAllah boleh juga dipos ke Langkawi nanti. Cuma tak tahulah bila.

Kakzakie Purvit said...

Kakak tak gheti nak cakap macam deme-deme ini cikgu - bunyi macam kelakar pulak.
Betullah kalau banyak tu boleh 4 kali ganda. Apa yg best warnanya adalah asli.
Jem pun sedap sebab masam-masam manis kan:)

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

Kalau susah nak ikut cara Perak tu, kito ngomong coro kitolah, kakzakie, hihihi. Kordial + jem roselle wes entek. Pokoknya pun kelihatan nak entek. Mudah-mudahan sempat menua dan mengering beberapa biji untuk dijadikan benih. Memang tanah berbatu di sekeliling rumah saya kena banyak dibaja kalau nakkan pokok lebih lama bertahan. Tak mengapalah, tukar pokok lain, agar ada cerita lain pula.

DrSam said...

buat aiskrim pun sodap juga ni

yanmaneee said...

giannis shoes
supreme hoodie
offwhite
paul george shoes
hermes bags
jordan 1 off white
golden goose outlet
kobe 9
longchamp handbags
moncler outlet