Daripada kesemua anak rosselle dalam polibeg yang kupindahkan
ke tanah beberapa minggu yang lalu, hanya 50 peratus yang hidup.
Bayangkan, 50 peratus mati! Kira rugi besarlah aku musim ini.
Dari longgokan itu, rasanya, boleh kusediakan nanti
sekurang-kurangnya 4 liter air gula rosselle.
50 peratus pokok mati! Rugi besar tanaman kali ini. Tak mengapalah.
Kukata tak mengapa. Sebab 50 peratus itu adalah dari sebanyak dua
pokok yang sebenarnya kutanam musim ini. Untuk seronok-seronok.
ke tanah beberapa minggu yang lalu, hanya 50 peratus yang hidup.
Bayangkan, 50 peratus mati! Kira rugi besarlah aku musim ini.
Kesihan si rosselle yang mati. Nak juga cuba tinggalkan
zuriat. Tapi nyata kerdil kualitinya.
Yang 50 peratus hidup subur, hasilnya memang memuaskan. Dari sepokok
saja kelmarin, lebih 50 kuntum bunga rosselle telah kukutip.
sekurang-kurangnya 4 liter air gula rosselle.
50 peratus pokok mati! Rugi besar tanaman kali ini. Tak mengapalah.
Kukata tak mengapa. Sebab 50 peratus itu adalah dari sebanyak dua
pokok yang sebenarnya kutanam musim ini. Untuk seronok-seronok.
34 comments:
Salam pakcik...agaknya hampasnya boleh buat jem betul tak pakcik?
KASIHIBU
Wa'alaikumussalam, kasihibu. Tak payah kita agak-agak. Memang benar, kelopak-kelopaknya boleh dijadikan jem. Ada juga yang membuat makanan kering bergula, dan juga acar, darinya.
kalau 50 peratus mati maknanya ada 50 peratus lagi yang hidup .. untuk menenangkan hati, lihat 50 peratus yang hidup tu.
AL-LAVENDARI HAMZAH
Ya, begitulah yang sepatutnya. Kalau yang 50% itu melibatkan tanaman berekar-ekar, mungkin remuk redam jugalah hati; tapi, mujurlah yang 50% itu melibatkan hanya satu pokok!
Assalam pak temuk,
Dulu2 kami kat rumh pun pernh tanam pokok roselle, jus dia sedap kan, lebih sedap dr sirap!
Salam perkenalan.
assalam Pak Temuk.
we all suka sangat roselle ni.. dapat buat air. then dapat gak buat jem.. sedap nya.buat sendiri memang agak menjimatkan..
Assalam pak temu..semoga sehat sejahtera selalu hendaknya...:)
Takde rezki kot yg 50% mati tuh...inshaallah nanti ade benih baru blhlah pak temuk tanam lagi kan...pak temuk mmg suka yer jus roselle nie..50 kuntum 4 liter air..kalo 5 kuntum cuma blh buat 500 liter jer lah yer...:)
seronok-seronok pun dah dapat 50 kuntum... itu dah kira untung besar.. bukan rugi besar.
bayangkan kalau serius-serius, bukan setakat 4 liter, mau boleh dapat 40 liter sehari...
Assalamualaikum,
Raja Ainon jalan ke selat,
Pulau Pinang pasirnya halus,
Rosselle kuminum terasa kelat,
Usahkan kenyang, bertambah haus.
Hilir mudik batang berdahan,
Batang rapuh pecah uratnya,
Haus lapar dapat kutahan,
Rugi separuh (50%) apa ubatnya?
Walau 50% yg hidup tapi kakak rasa kalau jangkahayat panjang boleh jemu nak membuat air/jem darinya. Sebab kakak dah mengalaminya..
Jem sapu roti sedap sebab masam manis.
Salam Pak Temuk
Sulah lampak gambaq sunyuuum... manyak ensom la loktor masa mula2.. he he..
Makchaq tepikiaq jugak masa baca mukadimah tu.. rasanya Pak Temuk beli 2 ja pokok rosselle... tak kan la nak menyusahkan hidup pulak kot lepas bersusah payah memudahkan hidup...
grupanya makchaq terkena dengan orang yang main angka..
Rossele ni dulu makchaq panggil asam susuq (nama kampung tak komersial), masak asam rebuih dengan ikan.. ganti asam geluguq..kuah jadi merah la..
s salam cikgu,
Tak mengapalah pokok roselle yg ditanam hanya hidup 50% saja. Hasil daripada pokok yg 50% selamat tu pun lebih daripada cukup utk tuan dia. Biji benih yg ada tu blh disemai dan ditanam semula, mungkin lbh drp 50% yg akan hidup dan membesar nanti.
Salam Cikgu,
Itulah kata orang, berbudi pada tanah ada hasilnya.
Pokok rosselle ni adalah sama dengan orang dulu2 panggil pokok asam paya.
assalamualaikum wbt.
kakCT pin sekarang ni berjinak-jinak back to basic. bahagia bila nampak hasilnya kan.
Nanti bertandang ke rumah paman nak minum jus asam ke_ling ni. Jemnya sekali yq! ^-^
Kawan IM ada tanam pokok ini dan IM berpeluang rasa sirapnya. Memang ok...
AYA YUS
Wa'alaikumussalam, Aya Yus. Terima kasih sudi singgah. Bagi Pak Temuk, jus rosselle memang lebih sedap daripada sirap biasa. Sebab ada rasa asalnya, masam-masam. Ketemu lagi!
AZIAN ELIAS
Wa'alaikumussalam, Yan.
Orang perempuan menyukainya mungkin kerana rasa masam-masamnya. Pak Temuk buat sendiri kordial rosselle tu kerana dah ada bahannya. Memang sangat rendah modalnya. Sebenarnya bukanlah "crazy" dengannya; tapi bolehlah dijadikan selangan. Kalau tak, hari-hari dengan sirap, kordial oren... jambu batu..... itu saja!
UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam, ummuaidan.
Semoga ummuaidan sekeluarga juga sihat. Tak apalah, yang mati 50% tu pun = 1 pokok saja, bukan berekar-ekar. Hasil yang sudah dikutip memang memadai untuk penuhi hajat sendiri, nak buat minuman rosselle dari tanaman sendiri.
NIZAM.ARIFF
Seronok-seronok pun dapat 50 kuntum... itu "first harvest". Insya-Allah ada lagi, hihihi. Bila nizam kirakan balik, Kang Temuk nampaknya untung besar, ya?
Tak berani nak serius-serius dengan rosselle ni. Kat luar sana, Kakang tak tahu macam mana "demand" untuknya.
AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi
Pulau Pinang pasirnya halus,
Ramai orang datang peleseran;
Usahkan kenyang, bertambah haus,
Tanda rosselle minuman kegemaran.
Batang rapuh pecah uratnya,
Burung hinggap di pucuk ru;
Rugi separuh mudah ubatnya,
Dalam redha tanam yang baru.
KAKZAKIE
Walau cuma 50% ( = 1 pokok!) yg hidup, nampaknya memang ada harapan boleh jadi jemu nak membuat air/jem darinya. Macam yang kakzakie katakan, berdasarkan pengalaman. Tak mengapalah, kalau rajin nanti, dan kalau benar-benar ada lagi hasilnya, bolehlah dicuba pembikinan halwa atau acar pula.
MAKCHAQ
Salam Makchaq
Lo... sulah lampak, ha? Mula2 atak ensom, lama2 lagi ensom, tak? Tak!
Sebenarnya belum pernah lagi Pak Temuk makan masakan lauk-pauk menggunakan rosselle. Nampaknya masakan ikan dengan roselle tu mengujakan. Kalau rajin nanti bolehlah dicuba, mesti room-mate terkejut tengok kuah ikan macam kuah sayur bening bayam merah.
Berbaloi jugak tu Pak Temuk.
Saya suka Jus Roselle.
ADRY@DAUN
Wa'alaikumussalam, Adry.
Benar, tak mengapalah pokok roselle yg ditanam hanya hidup 50% saja. Hasil daripada 50% yang selamat tu pun sudah beri rasa seronok yang maksimum. InsyaAllah akan disimpan bijibenihnya untuk disemai kemudian nanti.
MAK LONG aka KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam Kunang-Kunang.
Berbudi pada tanah, insya-Allah banyak hasilnya. Kalau pun tak dapat buah, boleh diperolehi daun, batang, ranting atau bunganya. Bagi saya, pengalaman dan ilmu darinya juga penting. Nampaknya ada macam-macam nama juga si roselle tu, ya.
CTPAYONG
Wa'alaikumussalam kakCT. Seronok juga bila kita berjinak-jinak back to basic. Tentulah amat bahagia bila kita dapat lihat hasilnya. Amat mententeramkan hati dan fikiran. Insya-Allah.
ckLah@xiiinam
Nanti bertanding dengan Paman, jus + jem asam ke_ling Teluk Intan atau Bangi punya yang lebih cun.
IM
Kalau IM rasa ok, bolehlah dapatkan benihnya tanam sendiri. Kejutkan ibusuri dengan keenakan kordial roselle IM.
AZIEAZAH
Pak Temuk rasa memang ok sangatlah hasil yang sudah dikutip tu. Dah berbaloi sangat. Pernah lihat dua tiga jenama minuman roselle di pasaran. Yang pernah dicuba, kuat rasa gulanya!
ferragamo belt
nike 270
jordan 12
balenciaga shoes
yeezy boost 350 v2
ralph lauren uk
yeezy boost
calvin klein outlet
louboutin shoes
goyard handbags
giannis shoes
supreme hoodie
offwhite
paul george shoes
hermes bags
jordan 1 off white
golden goose outlet
kobe 9
longchamp handbags
moncler outlet
navigate to this websiteRelated Site newsContinue useful referenceVisit Your URL
Post a Comment