Walaupun kacang tanah dengan isi jagung belum sempat dicari,
awal-awal pagi kelmarin, Pak Temuk blend juga bahan-bahan asas yang ada.
awal-awal pagi kelmarin, Pak Temuk blend juga bahan-bahan asas yang ada.
Dapatlah adunan macam di bawah ni. Kononnya adunan apam baliklah ni.
(Gambar diambil selepas adunan dah hampir habis. Di tepinya tu, majerin lembut).
(Gambar diambil selepas adunan dah hampir habis. Di tepinya tu, majerin lembut).
Mengapa tak sabar-sabar ke dapur kali ni?
Pasal memang dah lama mengidam nak gunakan benda tembaga kat
bawah ni. Tersorok berpuluh tahun. Ingat menyimpannya,
tapi tak ingat di mana. Dan memang tak dicari dengan serius.
bawah ni. Tersorok berpuluh tahun. Ingat menyimpannya,
tapi tak ingat di mana. Dan memang tak dicari dengan serius.
Kalau ada kacang tanah bertumbuk atau isi jagung, memang eloklah
dijadikan penyeri apam balik ni. Alahai, nampak "boloih", takdak aksesori!
dijadikan penyeri apam balik ni. Alahai, nampak "boloih", takdak aksesori!
Tak pa. Taboq majerin sama gula. Biaq maneh. Asai tak sampei maneh meleceh!
Baru sekali digunakan acuan apam balik ni. Tapi nampaknya lekang elok.
Percubaan pertama, cubalah buat apam balik macam-macam saiz.
Rupa-rupanya kalau kecil saiznya, tak nampak macam apam balik. Yang lebih macam
apam balik kat bawah ni. Sudah tentu yang ni khas untuk tukang masaknya.
Kata panduan dalam internet yang dirujuk, ramuan + cara yang
disalin tu memanguntuk penyediaan apam balik. Tapi, bila dibuat,
kenapa pula rasanya macam rasa pancake?
disalin tu memanguntuk penyediaan apam balik. Tapi, bila dibuat,
kenapa pula rasanya macam rasa pancake?
Tapi, apam balik tu kan pancake, tak?
24 comments:
Assalammualaikum wbt.
Wah, Chef Pak Temuk la pulak :)
Mesti rasanya lain dari yang lain ni..
Salam Pak Temuk,
Betul kata Pak Temuk, kalau ada isi jagung dan kacang tumbuk pasti lazat....
Salam Pak,
Kami (famili sayalah)panggil apam ini apam Mengkabau (short for Minangkabau).Sebab orang Minanglah yang asal nya memperkenalkan kuih ini (katanya?) Apam balik versi pancake atau lempeng. Saya suka apam balik Mengkabau yang banyak taburan kacang, jagung manis,Makan pula panas-panas. Wah tentu sedap apam balik mengkabau air tangan Pak Temuk, ye. Boleh lah cuab-cuba satu korner di pasar malam. Jangan marah, gurau aje!
I love appam balik, as does my wife!
Wa'alaikumussalam wbkt
Bukan chef, Cikgu Rohani, tapi peminat dapur berkala. Rasanya, lain dari yang biasa di pasaran. Jadi, sedap pada citaras sendiri sajalah. Ceria selalu!
Wa'alaikumussalam wbkt, PakMail
Sungguh begitu. Tapi bila gian sampai, tak cukup ramuan pun kira jalan juga. Hasilnya kurang sempurnalah. Jadilah, untuk lepas ketagih yang positif.
Gembira selalu!
Assalamualaikum Ayah,
berbaloi nampaknya gunakan kuali tu... yang kecil & nipis itulah yang kita suka sangat makan! Lagilah kalau penuh dengan kacang tanah tubuk & jagung krim leleh meleleh.... adeeeehhhh!
Wa'alaikumussalam Alenna
Di kampung saya dulu, kumpulan etnik yang kami panggil orang Kampar merupakan kumpulan yang pandai membuat dan menjual apam balik, selain daripada lemang. Apam balik mereka besar, rasanya berdiameter 12". Untuk jualan, dipotong kecil-kecil. Adunannya dibancuh dalam tin besar dengan menggunakan seikat rotan kecil. Lemang orang Kampar juga besar, berdiameter lebihkurang 2". Maknanya mereka menggunakan buluh yang besar. Mungkin orang Kampar serumpun dengan orang Minangkabau, ya? Di kawasan saya sekarang, penjual apam balik adalah orang Indonesia. Tak tahu kumpulan apa. Macam-macam "fillings" dimasukkan dalam lipatan apam balik mereka, termasuk kacang merah. Dan ada pula apam balik yang nipis dan rangup. Hihi, ingin juga berniaga apam balik, tapi bimbang tak balik modal!
Hi Howard,
Thanks for dropping by. To me, apam balik tastes just like pancakes. Because of that, I think, both of you find no difficulty in falling in love with that food. The Indonesians selling apam balik here now have also added red bean paste as fillings to make it more tasty. If you happen to be in Malaysia now, and if you are lucky, may be you can get this red bean apam balik at any of the food stalls.
Wa'alaikumussalam Amie
Ayah suka kuali tembaga ini. Panasnya sekata dan tahan lama. Tak melekat adunan yang dimasak padanya. Lain kali Ayah akan cuba tebalkan dan balikkan adunan yang dituang, supaya jadi pencake. Juga cuba buat apam balik nipis, rangup, cukup dengan tumbukan kacang dan lelehan krim jagung dan majerin. Jadi ngiler tak? Hihihi, kalau dalam lipatannya diletakkan kepingan atau sagatan keju, macam manalah pula rasanya, ya?
salam ziarah sini..seronoknya dapat makan panas2 =)
Wa'alaikumussalam, ~Kak Nah Backyard
Terima kasih sudi singgah. Apam balik memang enak di makan panas-panas. Bila sudah sejuk, ia mungkin keras sedikit. Ketemu lagi.
Salam manis :)
Alam merah di petang hari,
Cahaya kilat di ufuk temu,
Undan kedidi berirama masyuk;
Salam ziarah datang kemari,
Saya berhajat untuk bertamu,
Entahkan sudi diterima masuk.
* Sedapnya apam balik dimakan panas-panas..tercucur air liur.. :D
Wa'alaikumussalam, Ummikami
Setalam umbut dikerat juara
Labu halia masakan datuk
Maaflah kuah tanpa sedapnya
Salam disambut penuh gembira
Tamu mulia silakan masuk
Maaflah rumah tak sepertinya.
Assalamualaikum,
Cantik apom balik tu.....mesti sedap dimakan juga.
ehem....pasni leh buat tempenyak untuk tugasan bertembaga sekuel ke 2.
Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi
Adalah rupa, adalah rasa. Tapi taklah semacam cantik dan sedapnya dengan yang pro buat. Bila timbul keinginan nak berniaga apam balik nanti, kenalah ikuti kursus apam balik.
tahniah! membuat apam balik ngan jayanya. save banyak ne kalau boleh buat sendiri.
CTPAYONG
Terima kasih, ctpayong. Kira-kira, bolehlah dapat gred "Passed", "Boleh Tahan" atau "Boleh Makan" (hihihi, kira masuk bakul angkat sendirilah ni!). Jauhlah dari gred "Credit", apa lagi gred "Excellent". Kalau dikira modal adunan saja, rasanya memang menguntungkan juga bisnes apam balik ni.
Bertanam pun boleh. Masak pun boleh.Berpantun pun boleh. Serba boleh.
AL-MANAR
Bila kita jadi Jack of all trades, master of none, tentulah maksudnya yang kita buat mungkin semuanya jadi, tapi jadi setakat "jadilah....". Tidaklah yang jadi itu benar-benar menjadi.
Masa blog wajah baru hari tu makchaq tak boleh nak komen.. baca kat gadjet kecik..tambah pulak tak berapa nak mahir IT
Tengok wajah lama ni lega...dah boleh komen..
Makchaq suka apam balik yg nipis rangup kurang manis.. Bila boleh start order?
MAKCHAQ
Pak Temuk pun tak pandai hal komputer ni. Inginkan blog yang latarbelakang gelap + directly di bawah komen ada ruang "reply" dan "delete". Tapi tak dapat-dapat. La ni, bila orang nak tengok Reply kita, kena tercari-cari jauh ke bawah.
Apam balik nipis+rangup memang disukai orang. Lebih cepat habis bila beli di pasar. Yang tebal kurang digemari mungkin sebab lambat nak kunyah + tak rangup. Oh, Makchaq boleh order bila-bila saja. Tapi gerainya belum dibuka lagi. Business plan nya pun belum disiapkan, hihihi. Ceria selalu!
Cikgu, kata orang kalau maska dalam bekas tembaga kualiti makanannya lebih baik atau sedap? Betul ke?
MAK WARDAH
Rasanya, kena pastikan juga ramuannya betul. Juga rukun memasaknya, ramuan yang mana dulu, yang mana kemudian. Bekas tembaganya mungkin menyumbang kepada keenakan masakan kerana kepanasannya lebih merata.
Post a Comment