Tak boleh pergi dah. Tokleh gi doh. Tak boleh jalan lagi. Kenok go eni mo!
Balik daghi kampung, cepat-cepat beghenti kat kawasan Sabak Bernam.
Beli buah ni, pisang Abu. Yang Pija endak sangat-sangat. Beli sesikat aje. Jadi le tu.
Teringat pula zaman sekolah rendah dulu. Acap merebusnya, kerap menggorengnya.
Teringat juga masa cuti sambil belajar di Mexico, penghujung 70an, sempat
menikmati 'yang seumpamanya' itu. Pisangnya saja yang lain. Masa tu, yang digoreng orang
sana panggil plantain (pisang tanduklah tu). Sebiji di belah dua. Digoreng tanpa tepung.
menikmati 'yang seumpamanya' itu. Pisangnya saja yang lain. Masa tu, yang digoreng orang
sana panggil plantain (pisang tanduklah tu). Sebiji di belah dua. Digoreng tanpa tepung.
Plantain diberi lauk ikan merah bersaiz sedang, yang digoreng garing! Boleh sangat!
Jadi bila pisang Pak Temuk cuma pisang Abu, berlaukkan cuma
fried salted kembung (foto atas tu), boleh jugalah dikira semacam dengan
hidangan yang di Mexico tu.Yang penting, gorengan tu memang "boleh pergi"
sangat, boleh gi, berbanding juadah-juadah raya tu.
Bila yang di sebelah tu kata "pelik", Pak Temuk kata,
"Tak pelik, serupa dengan nasi bersebati durian kegemaran awak tu". Hihi.
Selamat menyambung hari raya. Selagi BOLEH PERGI!
28 comments:
selamat ahri raya pak temuk
baru lah hari ni sya tengok pisang goreng lawanya ikan goreng
salam aidilfitri buat paman sekeluarga....
Selamat Hari Raya Ayah,
pisang tanduk digoreng tanpa tepung, itu memang gorengan Bonda kami sejak sulu... makan ciciah sambal belacan... waduh...waduh Tijah!
Petang raya pertama saya rindu sangat nak makan nasi panas dengan sayur bening & ikan goreng!
Khai♥Rin : anies
Selamat berhari raya, Khai♥Rin : anies. Orang muda tentu panjang langkah raya ni, kan? Semoga sihat dan gembira bersama-sama semua orang yang disayangi.
KASIHIBU
Kaget, ya? Hihi. Kalau nasi + durian, kaget tak? Paman hairan juga dulu, bila lihat orang Mexico makan plantain goreng dengan gorengan ikan basah. Jangan lupa cuba bila teringat!
Salam idulfitr juga untuk kasihibu sekeluarga. Semoga sihat sejahtera dan bergembira semuanya.
AMIE
Selamat hari raya, Amie & famili. Wow, gorengan pisang tanduk + sambal belacan.... itu Ayah belum cuba. Tapi pasti ok, kan? Cuma mestilah kena tahu pilih terasi yang terbaik + cara menyambal yang canggih.
Kalau raya pertama dah rindukan nasi panas + sayur bening + ikan goreng, bererti Amie sangat cepat jemu lauk pauk raya, hihi.
Pak Temuk,
Please accept my sincere Hari Raya Idul Fitri greetings for yourself and your family! Please continue blogging!
Howard
CkLah cicah pisang goreng dengan sambal taun...perut masih boleh terima kepedasannya,hehe.
tak pelik tapi unik makan goreng pisang dengan ikan .. saya belum pernah jumpa dan cuba lagi.
SHRAF & MZB.
HOWARD
Hi Howard. Thank you for your thoughts. Have a nice day!
ckLah@xiiinam
Semoga ckLah dan famili sihat sejahtera & gembira berhariraya tahun ni.
Paman rasa memang boleh sangatlah si gorengan pisang digukan dengan sambal taun. Manis pisang + kepedasan lombok rawit pasti akan menguuummmpkan rasa!
AL-LAVENDARI
Digalakkan mencubanya. Kalau rebus ubi + gorengan ikan kering, lagi unik rasanya!
Ada banyak tulisan mengenai 'budaya & makanan' jika kita google "Anthropology of Food". Memang menarik cerita pelbagai makanan di kalangan pelbagai masyarakat dunia. Salam bahagia.
ha'ah...betul sesangatlah Temuk. raya ke 3 dah mula carik nasik, sayur bening & sambal belacan.
masuk 2 meal makan rendang...2 hari fail 'membuang'. bayangkan dok usung ke hulu ke hilir...nak jamah makanan pun tak berapa nak selera@selesa.
beraya di mana Temuk?
selamat hari ray tuk pak temuk sekeluarga..
wah dah takboleh pergi yer ngan juadah2 raya..hhihih..biasa ler tu..msk hari kedua dah surrender..kalau sy hari pertama dah nak carik nasi putih dah..
idea pisang tanduk ngan ikan kembung tu mmg canggih pak temuk..belum pernah rs lg...mesti sedap kan..
ceria selalu..
Salam..Selamat hari raya :)
Sudi2 lah singgah blog saye http://pnutzlotpi.blogspot.com
CTPAYONG
Serupalah juga kesnya, kalau tiap minggu makan kenduri kawin, apa lagi kalau dalam sehari ada banyak rumah, juadahnya boleh menjemukan. Lebihkurang sama juadah tu. Bila terjumpa hidangan yang agak berbeza, naiklah juga mood! Pak Temuk beraya di Bdr Baru Bangi. Balik sehari ke Bg Datoh, Perak. Kemacetan trafik + ketinggian usia tak menggalakkan raya jauh-jauh, sana sini. Semoga ctpayong bahagia raya tahun ini.
UMMUAIDAN
Plantain, breadfruit, tapioca, yam, potato dll jadi makanan harian banyak masyarakat. Dan mereka adakan macam2 lauk mengiringinya. Tapi kita selalu iringi (campurkan) masakan itu dengan sesuatu yang manis spt gula, madu, atau parutan kelapa bergula. Boleh cuba cara mereka?
Bila perut sudah diberati rendang, kuih muih manis2, + juadah berasas pulut, ia kemudiannya mahukan yang ringan2. Nasi putih, kicap, goreng telur/ikan, sup, sayur bening akan jadi sasaran.Mood + keraian hariraya di Fiji selalunya sampai berapa hari?
Pnutz Lotpi
Salam eidulfitr. Semoga sihat sejahtera dan gembira meraikan hari raya tahun ini. Terima kasih singgah ke blog Pak Temuk. Juga pelawaan ke blog Pnutz Lotpi itu. Insya Allah akan ziarahi nanti.
Salam Aidil Fitri Pak Temuk.. baru berkesempatan melawat ke sini... salam ceria..
salam idulfitri buat Pak Temuk sekeluarga. MAAF ZAHIR BATIN.
mcam sedap Nampak plaintain tu...tk penah tgk menu ni sebelum ni...
Berlalu sudah yang ditunggu2. Marilah kita berdoa agar yang hadapan akan kita menikmati lagi.
bagi IM tak pelik kalau tuan makan pisang goreng berlaukkan ikan goreng. suasana kalau pun taklah seperti ini biasa IM tempuhi terutama dikampung tempat lahirnya IM ( slim river ), cara nakan yang tak sama dengan cara makan orang bandar.
contohnya makan ubi rebus dengan ikan masin.
selamat hari raya.. meriahnyer.. :D..
SUKA-SUKA
Salam eidulfitr dari Pak Temuk & isteri. Semoga seronok beraya bersama orang2 yg disayangi.
@na
Wa'alaikumussalam, @ ana. Semoga gembira berhariraya bersama famili. MAAF ZAHIR BATIN.
Yang sukakannya tentulah plantain tu sedap...tak kira digukan dengan lauk apa. Atau dingamkan dengan manisan apa pun. Boleh cuba menu ala Mexico atau menu Pak Temuk tu?
AL-MANAR
Ya, semoga kita ketemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan dan tahun2 seterusnya. Juga dengan doa semoga segala amalan sepanjang semua Ramadhan kita diterima Allah. InsyaAllah!
IM
Semoga IM dan famaili sihat wal'afiat.
Bagi Pak Temuk, bila kita lihat macam2nya makanan yang dinikmati oleh macam2 kelompok orang di dunia ini, apa pun yang dimakan orang memang takkan kita rasakan pelik. Apa lagi bila kita lihat program2 di TV mengenai makanan eksotik.
LadyBird
Salam eidulfitr. Semoga LadyBird sihat sejahtera dan bergembira berhariraya tahun ini.
Post a Comment