Thursday, August 26, 2010

HERE WE COME!!

About six weeks ago, I transplanted a few young bromeliads closer to my bedroom, breaking them away from their rather crowded and poverty stricken colony. I was hoping that the exotic resettled bromeliads would be healthier and develop more vigour, and do what is always expected of other young plants: show off your unique flowers!



Luck was on my side. Surprisingly, in less than two months in their new place, one of the plants began to develop a small reddish yellow bud-like thing. I was certain, then, that some lovely flowers were already on their way!



The variety that I grow is the tropical bromeliad, or Tropical Orange Flowering Bromeliad, to be more specific. I don’t know what it is called locally, although I remember that some village people refer to it as Nenas Hiasan (Decorative Pineapple). The leaves of the tropical bromeliad are almost similar to that of the pineapple, except that they are thinner although stiffer. These leaves which resemble long blades are nicely decorated with irregular but beautiful white patches. Both edges of the leaves tend to curve inward a bit, and they are lined with rather unfriendly sharp thorns throughout.


Can I leave it to you to have a good look at the 'blooming' flowers yourself? I may not do justice in explaining to you their real beauty.







But I can tell you that these bromeliad flowers don't seem to have any special smell. Red ants, however, appear to have a great liking toward them. So, these flowers might be sweet. They do look sweet!


Would you use them as one of your wedding gifts? If you are really going to do it, you might want to remove the ants first.

Wednesday, August 25, 2010

AL-KISAHNYA 'GANGGUAN' .....

Kisahnya, gangguan semasa solat tarawih. Sudah separuh bulan puasa. Masalahnya belum kelihatan terurai seratus peratus.

Yang ganggu bukan makhluk halus. Tapi 'pasukan' kanak-kanak, dalam lingkungan 10 tahun ke atas. Bila? Bila solat tarawih mula, sampai selesai sembahyang rakaat ke 8. Gangguan ada ‘rehat’ juga, iaitu bila jemaah berdoa, sebelum sembahyang seterusnya dimulakan. Gangguan, al-hairannya, boleh dikatakan ghaib sepenuhnya bila imam mulakan rakaat ke 9.

Yang mengganggu berstesyen di belakang saf terakhir, di dalam dan luar surau. Bentuk gangguannya macam-macam. Boleh berlaku sekaligus. Mereka berbual, berjenaka, berlari-lari, keluar masuk surau, menjerit-jerit, membuka-tutup pintu surau, dan juga bising di kawasan juadah dan minuman di sebelah belakang. Ada kalanya, ada juga bunyi tangisan anak kecil. Ada juga AJK Surau, Imam, dan seorang dua ahli jemaah berusaha hentikan kebisingan. Buat announcement. Beri ingatan. Bagi pesanan. Jangan ganggu orang sembahyang. Ikut sembahyang!

Intensiti gangguan - memang terasa sebab gangguannya panjang. Panjang gangguan, samalah panjangnya masa sembahyang. Memang panjang tempoh sembahyang sebab surau telah merancang habiskan satu Quran pada tarawih hari ke -26 puasa (insya Allah). Takjub sungguh, para pembising nampaknya langsung tak endahkan teguran. Ini bukan kes ‘masuk telinga kanan keluar telinga kiri’. Ini kes tak masuk telinga pun! Barangkali, 'itulah budak-budak'!  Geramlah juga. Kesihan kepada jemaah yang tentunya mahu bertarawih dengan khusuk. Maklumlah itu sembahyang istimewa, setahun sekali.

Jika AJK Surau, Imam dan seorang dua ahli jemaah yang prihatin tak diendahkan, mungkin kena ibu bapalah beri nasihat. Mereka boleh pesan pada anak-anak. Ke surau jangan bising. Ke surau ikut sembahyang. Atau paling kurang, tengok orang sembahyang. Diam-diam. Jangan bermain-main dengan kawan-kawan. Jangan buat hingar bingar. Jangan ganggu tumpuan orang sembahyang.

Mungkin masa anak-anak buat hal, bapa (juga emak) memang ada dalam surau. Tapi tengah sembahyang mana nak boleh menegur. Tegur anak sendiri boleh jadi juga kecilkan hati bapa-bapa lain. Macam pukul anak sindiri menantu pula. Mungkin ada anak- anak ke surau dengan kawan-kawan, bapa dengan emak pun tak tahu. Atau bapa dengan emak sebenarnya tak ada di surau di mana anak mereka masuk pasukan buat bising. Bapa dengan emak mungkin pergi ke surau lain, atau ke mesjid besar.

Sekadar terkenang dan mengeluh. Nak buat macam mana? Takkan nak suruh budak-budak tu balik! Kenalah jadi jemaah yang tahan, tahan, tahan. Sabar, sabar, sabar! Tak boleh main tegur atau sindir. Bertarawih pun perlu self-control. Sebab kita letih. Orang lain pun letih. Kena kawal. Bimbang jadi kecoh-kecoh pula. Takkan kita mahukan tarawih menghasilkan satu tawarikh yang tak menyeronokkan. Memang tak sepatutnya!

Thursday, August 19, 2010

KE PASAR RAMADAN, JANGAN TAK PERGI.....

Kata rakan saya, kena pergi pasar Ramadan (PR). Jangan tak pergi, ulangnya. Ke PR bukan maknanya kita ni asyik ingatkan makanan saja. Atau asyik fikir nak puaskan nafsu, beli makanan macam2. Kan puasa itu sendiri juga bermaksud menahan diri daripada makan. Kita sepatutnya dah kebal daripada godaan makanaan.

Memang setujulah aku dengan 'syarahan' dia. Sebenarnya aku pun teruja menengok meriahnya orang kita berniaga dalam bulan mulia ini. Ramadan jadi ruang segolongan kecil orang kita berniaga. Walaupun cuma sebulan, labanya baik. Memang baguslah kerja berniaga. Nabi Muhammad (saw) kita pun ada beritahu, peri hebatnya berniaga sebagai punca rezeki.

Bila ke PR, sambil mendapatkan makanan yang kita hajati, sebenarnya kita juga memberi sokongan kepada mereka yang berniaga. Tentu ada di kalangan sesetengah mereka yang amat memerlukan kerja berniaga 'sementara' itu demi melangsungkan kehidupan keluarga dengan lebih berkualiti.

Seronok juga ke PR ni sebab sambil2 kita boleh menonton macam2 keletah, macam2 kerenah orang berjual. Cair hati kita bila lihat peniaga yang tinggi budibahasanya. Pula tu juadahnya sedap. Harga makanannya juga berpatutan. Kita pun doakan dia dalam hati, semoga Allah redhai usaha murninya. Dan esok lusa kita hinggap ke gerainya lagi.

Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 18.8.10

Cucu sapalah si kecik ni . Mungkin dia yang ajak emak abah
ke PR. Botol tak boleh lupa!

Cerita pasal PR,  wow .... banyaknya lokasi PR di kawasanku ini, Bandar Baru Bangi. Penentu utama pemilihan lokasi? Mudah parking. Mudah pun, sesak juga! Dalam dah seminggu ni taklah aku keluar hari2. Keluar pun, 'gelagat' membeli, insya Allah terkawal. Terkawal kuantitinya dan macam2nya. Tukang makan di rumah pun dah tinggal 4 orang. Semuanya dalam kategori makan bersukat, dan makan berjaga dari segi jenis dan kandungannya. Anak2 dah berbuka sendiri2, dengan famili masing2.

Seronoknya ke PR macam di BBBangi ni, juga macam di tempat2 lain pastinya, memang banyak betul jenis makanan. Penjualnya juga dari macam2 negeri. Mungkin 'dari Perlis sampai ke Sabah', semua ada. Juga macam2 kelompok dari tanah seberang. Maka amat berbagailah juadah yang di pasarkan, baik kuih muihnya, mahupun lauk pauknya. Malah juga jenis minumannya.


Ini gerai kegemaranku. Lauk pauknya simple. Tapi
sesuai dengan citarasa. Sesuai dengan poket.


Bila hati sudah suka, biasanya kita akan ke situ juga.

Bila ke PR, sebenarnya kita juga beri cuti pada orang rumah. Bukanlah sepanjang 30 hari! Kalau orang rumah termasuk kategori yang blognya cerita resepi tiap2 hari, memang tak payahlah kita beri dia cuti. Tentu dia akan merajuk!

Lagi satu, bila ke PR, bolehlah juga kita tambah bilangan juadah yang orang rumah sempat sediakan. Jadi tak payahlah dia memasak semua juadah yang kita kata kita teringin. Ada masanya kita ni jadi teringin bila ternampak makanan tu di PR. Misalnya, berpuluh tahun tak pernah sentuh tapai ubi. Tapi bila nampak di PR, cantik pula packagingnya, tapai ubi pun jadi bekalan balik.


Terkejut juga lihat tapai ubi RM2, tapai pulut RM1 sepaket. Dulu, terbalik.
Si tapai ubi dulu, malahan, jauh lebih murah berbanding si tapai pulut.


Kalau nak berbuka dengan Italian Food dulu2,
macam pasta atau yang seumpamanya, tentulah kita tak ke PR.


Ke PR ya. Di mana pun. Jangan tak pergi. Itu juga budaya puasa kita  yang sebenarnya punyai banyak makna tersurat dan tersirat.