Ahad, 26.5.13. Pak Temuk dengan isteri menghadiri kenduri perkahwinan
2 orang cucu saudara di Penaga, Pulau Pinang - Tajul Rizal dan adiknya, Norhilal.
2 orang cucu saudara di Penaga, Pulau Pinang - Tajul Rizal dan adiknya, Norhilal.
Tajul Rijal Hamim dengan pasangannya, Norsafarina. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. |
Norhilal Hamim dengan pasangannya, Mohd. Hasbullah. Semoga kekal ikatan hingga ke akhir hayat. |
Pasangan pengantin ceria mengadap hidangan. Eh, mana nasinya tak sampai-sampai ni? |
Ayahanda (Hamim) dan bonda (Faridah, bertudung merah) kepada Tajul dan Norhilal. |
Kompang jangan tak kompang! Bagusnya anak-anak muda Penaga ni. Merekalah pewaris kesenian bangsa. |
***** *****
Malam 26hb. sempat berjumpa dengan seorang kawan lama, Zaki,
dengan isterinya Fauziah, di Alor Setar. Sambil makan sedap. Zaki dengan Pak Temuk
pernah sama-sama belajar di Reading University, UK, pada tahun 1973-74.
Zaki berbaju biru. Beraksi untuk gambar selepas beraksi untuk perut, hihihi.. |
Fauziah (berbaju putih) dengan isteri Pak Temuk. Sama-sama bercerita kisah semasa di Reading dulu-dulu! |
Zaki dengan isterinya Fauziah. Ganteng lagilah! |
***** *****
Esoknya, 27hb. Pak Temuk pergi menziarahi pusara ibu mertua di Alor Merah.
Tanah perkuburan terletak di tepi masjid Alor Merah ini. |
Sudah bertahun kami tak ke situ.
Isteri Pak Temuk dengan keluarga adiknya, Syed Makhzir, di Alor Setar. |
Lepas itu kami ke Jitra pula. Menziarahi keluarga Bang Husin dan Kak Asmah.
Pak Temuk menumpang selama hampir 6 tahun (1960-65) di rumah arwah Sarjan Buang,
bapa Bang Husin. Masa itu dia bertugas di Teluk Intan, Perak. Pak Temuk
belajar di Anglo-Chinese School (ACS) di situ.
Bang Husin kelihatan sangat uzur setelah mengalami serangan angin ahmar kedua. Tapi berupaya juga mengangguk ketika Pak Temuk mengenalkan diri dan meminta maaf. |
Anak-anak Kak Asmah (baju hitam dan merah), Kak Asmah, dan isteri Pak Temuk. |
Dari Jitra kami terus ke Perlis. Mahu ronda-ronda saja, walau ada juga hajat khusus, menonton Kuala Perlis. Juga cari laksa Perlis, tak kira di kedai mana, di kedai siapa!
Waktu, kira-kira jam 3.30 petang. Sejam lebih lagi baru dibuka gerai-gerai di pinggir laut Kuala Perlis ni. Tak mahu tunggu. Ambil gambar jadilah. |
Di pekan Kuala Perlis terjumpa pula kedai laksa Kak Su ni. Ada sign board kedainya di tengah-tengah pekan. Mesti popular! Ramai orang keluar-masuk, duduk makan, juga bungkus-bawa balik. |
Hari semakin memetang. Kami balik ke Kedah semula. Destinasi khusus,
Kuala Muda. Tak sempat tengok sang matahari terbenam. Tapi tetap seronok
dapat lihat pantainya, juga lihat para nelayan di situ menaikkan tangkapan mereka.
Matahari sudah mula tidur. Langit mula menghitam. Jadilah, ada juga gambar pantai Kuala Muda. |
. |
Nelayan di situ dipanggil nelayan pantai atau nelayan kecil. Kecil (tapi cantik) bot-bot mereka. Kecil kuantiti tangkapan mereka. Ikannya pun kecil-kecil. Kecil jugalah pulangan ekonominya. |
Petang itu ada juga ikan besar bernilai besar sesat ke pukat nelayan kecil. Tapi solo ekor saja! |
Pada sebelah malamnya, kami pergi mengintai-intai satu lokasi bersejarah di Jalan
Kuala Kedah. Namanya, Lorong Sepakat. Di situlah keluarga isteri Pak Temuk tinggal dulu.
Jalan Kuala Kedah sudah dibesarkan (dua laluan sehala). Bangunan di kanan
kirinya pun banyak. Juga tempat makan.
Lorong Sepakat yang pendek itu sudah dilebarkan. Ada papan namanya. Elok, siap dengan poskod. Sempat juga kami menyelusurinya lorong itu sekejap. |
Sebelum balik ke hotel, kami sempat mondar-mandir melihat pasar malam di pinggir Stadium.
Semua jenis barangan yang kita pakai dari kepala, ke muka, sampai ke kaki ada belaka! Tapi nampaknya tak berapa ada pula kumpulan tukang membelinya. |
Dah letih, kami makan ringan-ringan saja di gerai berhampiran stadium. Rasanya, hotel standard juga! |
Selesai membeli, sambil memandu keluar menuju ke tol untuk
pulang ke Bangi, Pak temuk sempatkan juga diri mengambilgambar satu mercutanda
penting di bandar Alor Setar, menara solonya, Menara Alor Setar.
Entah berapa tingginya Menara Alor Setar ni. Kata orang kita boleh lunch di atas tu. Tak pasti pula ada lagi atau tidak pakej itu. |
Kalau panjang umur, bolehlah nanti ke utara lagi. Atau ke mana-mana saja.
Masa itu, mudah-mudahan, boleh sambil-sambil kenduri kahwin orang lain pula!
***** *****
(Pada pagi Khamis, 30.5.2013, Pak Temuk menerima berita sedih, Bang Husin yang
diziarahi di Jitra pada 27hb. telah meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Al-Fatihah buat arwah Bang Husin. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya).
33 comments:
Selamat pengantin baru paman...errr...eh bukan! Anak buahnya ya! :)
Berbahagia mereka yang paman endangi itu...
...semoga roh bang Husin dicucui Rahmat Nya. Innalillahiwainnailaihirojiun...
memaksimum penggunaan masa dengan pelbagai aturcara ..
saya tersentuh melihat Bang Husin dengan ibunya yang sudah sama-sama uzur. terkenang diri sendiri yang semakin hari semakin tua dan uzur juga.
dah lama xpegi pekan rabu..=)
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menumpang. Al fatihah bagi yang telah 'pergi'.
Salam pak temuk
Innalillah dan takziah utk keluarga Bang Husin..
tahniah atas pengantin berkembar tuh..
nampaknya trip pak temuk ke utara menyusur jejak2 kenangan kan..banyak destinasi yg disusuri..lipatan kenangan yg dibuka..indahnya suatu ketika dulu yer...
salam ceria2 selalu pak temuk...:)
Salam Cikgu Temuk,
Selamat pengantin baru pada kedua pengantin, didoakan bahagia ke akhir hayat.
Hadir kenduri sambil balik kampong.
Seronokkan, nostalgia bila kembali ke tempat yang banyak kenangan dan bertemu dengan orang2 yang dah lama tak jumpa.
Apa pun semoga Cikgu dan isteri gembira dan bahagia selalu.
Assalammuaalikum wbt Cikgu.
Alhamdulillah. Semoga terus dilimpahi kesejahteraan, keberkatan dan kesihatan dan rahmat yang berpanjangan bersama isteri yang dikasihi. Jalan-jalan 1Malaysia pula!
Terima kasih gambar yang sudi dikongsi bersama blogger. :)
ckLah@xiiinam
Terima kasih di atas ucap selamat untuk cucu-cucu sdra Paman yang jadi pengantin itu. Juga di atas doa untuk arwah Bang Husin. Selamat bercuti.
Salam,
Baru tukar url ke: http://hujan-petang.blogspot.com atas sebab-sebab tertentu.
Aku juga bukanlah peminat tegar laksa. Tapi ya pada mi kari....
Salam Pak Temuk,
Pak Zaki gantenglagi, Pak Temuk apa kurangnya. Sama-sama masih ganteng eh.....
AL-LAVENDARI
Sebab faktor masa, usia, tenaga dan ko$, nampaknya bila ke mana-mana sekaran ini kenalah "sambil menyelam banyakkan minum airnya".
Benar, cerita menua memang cerita yang menakutkan. Itu cerita kita sekarang. Namun, kita cubalah jaga kesihatan, juga terus berdoa semoga sampai ke akhir hayat kita tidak menyusahkan sesiapa, termasuk ahli keluarga kita sendiri. InsyaAllah. Ceria selalu!
KAK NAH BACKYARD
Pak Temuk suka tempat-tempat spt Pekan Rabu tu. Macam-macam barang ada di situ, cuma waktu dengan RM saja yang jadi kekangan. InsyaAllah tak lama lagi sampailah Kak Nah ke Pekan Rabu tu. Bagusnya, ia sentiasa dibuka, tak tunggu hari Rabu saja.
HJH NORALENNA ABBAS
Benar, tempat jatuh lagi dikenang - apa lagi tempat jatuh hati, hihihi. Tempat menumpang pasti dikenang, kerana di situ kita dibahagiakan, dek budi orang.
UMMUAIDAN
Terima kasih di atas ucapan takziah dan tahniah itu. Sesekali menjejaki babak-babak hidup yang sudah dilalui mampu juga, insyaAllah, menampakkan kita kepada pelbagai iktibar daripada apa yang pernah berlaku.
UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam. Semoga ummuaidan sekeluarga di dalam keadaan sihat sejahtera selalu.
KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam KK.
Terima kasih di atas ucapan untuk pengantin dan doa KK itu. Benar, seronok balik dapat balik ke kampung asal. Kami memang jarang ke utara sebab isteri saya pun tinggal seorang. Jadi bila ke sana, sambil menyelam tu banyaklah minum airnya dan macam-macamlah airnya, hihihi. Semoga KK dan keluarga sentiasa sihat sejahtera juga hendaknya.
ROHANI U.M
Wa'alaikumussalam wbkt, Cikgu Rohani,
Terima kasih di atas doa itu. Semoga Cikgu dan keluarga juga sihat sejahtera selalu. Jalan-jalan 1M, sementara ada masa, tenaga. Juga "mood". Ceria selalu!
HAFINAH
Assalam, hafinah.
Terima kasih memberitahu rumah baru IM itu. Nama pun dah baru. Semoga lebih rajin bercerita. Hihi, saya pun suka mi kari.... cuma takutkan santannya!
PakMail
Wa'alaikumussalam PakMail.
InsyaAllah, ganteng juga, hihi. Ganteng hati jadilah.... Yang dari kalangan orang-orang macam PakMail, dengan profesyen dulunya "selalu cergas", tentu lebih tahan kegantengannya. Ceria selalu!
Saya namapak nya Pak Temuk ini cergas betul kesana kemari, melawat, cari makan tak habis habis. Say hairan juga apa jadi pokok dirumah bila ditinggal beberapa hari. Berapa orang gaji tolong menguruskan kawasan, membaja, menyiram dan lain. Tempat saya tanah pasir, panas. kalau kurang siram penat saja bertanam.
Assalamualaikum Ayah,
panjang kisah perjalanan Ayah kali ini, banyak yang menghiburkan dan yang sedihnya di akhir sekali berita kembalinya Allahyarham Bang Husin ke pangkuan-Nya. Al-Fatihah. Syukurlah, rezeki ayah dapat bertemu dan meminta maaf buat kali terakhir dengan Allahyarham. Mudah-mudahan rohnya dicucur rahmat.
AL-MANAR
Selepas berziarah + memandu 2,3 hari, penatnya + rehatnya, boleh jadi sampai 4,5 hari. Itu pun jika tidak demam. Begitulah tahap kecergasan diri yang sebenarnya. Sambil memandu, amat selalu terfikir dalam hati..... sampai bilalah lagi boleh membawa kereta begini.....
Bila keluar rumah agak lama, dengan cuaca macam sekarang ini, banyaklah tanaman terutama yang dalam pasu jadi kering. Alhamdulillah tiada yang mati. Memang tiada pembantu, semuanya DIY! InsyaAllah walau tanah pasirnya cepat mengering di tempat al-Manar, bolehlah tumpukan perhatian kepada menyiram pokok juga, terutama masa sendirian di rumah.
AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie. Terlalu panjang cerita tu, kan? Antara sebabnya, mahu tayangkan foto sebanyak mungkin sebab dah letih klik, hihi. Lain kali kenalah selektif semasa memfoto.
Terima kasih di atas doa untuk arwah Bang Husin. Walau tiada ikatan persaudaraan, tetapi setelah sekian lama tinggal dengan keluarganya, memang berasa rapat. Ada kontak, tetapi kebelakangan ini lebih jarang. Benar kata Amie, mujur teringat untuk menziarahi dia. Rupa-rupanya, zaiarah terakhir! Semoga cuaca di Sabah menyelesakan!
Assalamu'alaikum Pak Temuk... :)
Kelodak terapung serampang beralu,
Mungkin tenggiri belum terlekat;
Kelepak kelempung kompang berpalu,
Pengantin berseri senyum makrifat.
Lama Ummi tak pi Pekan Rabu..... :)
UMMI KAMI
Wa'alaikumussalam, Ummi Kami. Terima kasih sudi singgah, dengan pantun yang amat indah.
Mungkin tenggiri belum terlekat
Ikan kaku simpan di raga
Pengantin berseri senyum makrifat
Terkenangkan liku berumahtangga.
Silakan bila-bila ke Pekan itu. Sentiasa menggamit walau tak Rabu.
Cantiknya pantun Pak Temuk...orang lama...apa rahsia.. ^^
UMMI KAMI
Semuanya, dengan izin Allah jua. Cantik-tidak apa yang kita lakukan, juga hasilnya, adalah dengan izin-Nya juga. Pada mata kita, cantik-buruk adalah penilaian yang sebenarnya subjektif dan relatif. Walau apa pun, terima kasih, ummi kami. Gembira selalu!
Semoga roh Abang Husin ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Alhamdulillah pak temuk sempat pi ziarah... Mesti arwah seronok dapt jumpa Pak Temuk.
Semoga kedua2 pengantin dipanjangkan jodoh hingga ke syurga.
Dah pencen seronok la jalan2 kan pak temuk, tak gadoh dok kalut nak balik, nak pikiaq kerja.. boleh jalan santai2...
seronok pulak makchaq baca.. rasa relax..happy ja..
MAKCHAQ
Ameen. Terima kasih di atas doa makchaq untuk arwah dan pengantin itu.
Betoi, betoi. La ni tak payah dok pikiaq kegheja ka, apa ka. No punch card, no KPI, no nothing, hihi. Tapi bila cam tu, apa yang nak dikemeh sejak pencen dulu tu pun belum jugak kemeh. Tak pa. Pelan-pelanlah. Jalan-jalan memenag seghonok. Cuma tau sajalah, dah beghumoq ni, penat lebihlah. Take care.
Bukan saja serampang dua mata Pak Temuk tapi serampang bermata-mata. Pergi kenduri kemudian ziarah sana-sini mengimbau nostalgia dulu-dulu. Kakak belum lahir lagi Pak Temuk dah belajar utk menumpang di rumah org lagi. Dulu tak ada asrama ye. Tapi org dulu cekal dan cerdik.
Syukur juga sebaik dipertemukan dgn bang Husin,beliau pergi menemui Allah. Perancangan Allah tak kita ketahui kan... moga rohnya tenang di sana.
Santai.... gambar2 pun menarik!
Post a Comment